Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi

Aku terbaca tentang tathaiyur di Facebook. Tak malu mengaku yang ini pertama kali aku jumpa perkataan tu. 

Lepas baca dan fahamkan rupa-rupanya tathaiyur ni sangat-sangat banyak aku jumpa dalam kehidupan kita terutama orang Melayu. 

Rasanya dah menjadi budaya. Melalui perkongsian Saudara Affendy Arifin di Facebook, orang Islam tidak boleh bertathaiyur dan boleh membawa kepada syirik.

Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi 


Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi

Apa itu Tathaiyur? Perbuatan Tathaiyur adalah berasa bernasib malang disebabkan sesuatu yang di lihat atau pun di dengar atau sesuatu yang diketahui selain dari di lihat dan di dengar. 

Kalau orang dulu-dulu memang selalu sangat sebut perkara-perkara Tathaiyur ni untuk beri amaran kepada anak-anak supaya berkelakuan elok. 

Contoh-contoh Tathaiyur yang berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita. 

  • Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
  • Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
  • Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. (hakikatnya semua orang akan mati. Ini antara amalan paling popular sekali. 
  • Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
  • Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan. Ada lagi best letak seluar dalam atas atap untuk halang hujan. Lol. 
  • Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
  • Diberak burung kononnya ada rezeki.
  • Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
  • Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
  • Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan. 
  • Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
  • Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Tahu tak yang sebenarnya kita dilarang untuk percaya akan Tathaiyur dan boleh mengakibatkan syirik bagi orang Islam. 

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At- Tathaiyur
“At-Tathaiyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam. 

Jadi kita yang dah tahu ni boleh la tinggalkan amalan yang dapat menggoyahkan akidah kita. Beruntung kita lair dan hidup pada zaman sekarang. 

Jika dibandingkan dengan generasi dulu, pencarian ilmu amat terbatas. Hanya mengharapkan guru-guru mengaji. Kita sekarang sangat beruntung nak ilmu semua ada di hujung jari. Jadi, jom manfaatkan apa yang kita ada. 

Ulasan

  1. dulu depa hidup dengan bersangka je kan. sekarang ni ilmu agama meluas diajar, jadi boleh dah tinggal yang begini. orang dulu-dulu tak berguru sangat sebab tu tak tahu.

    BalasPadam
  2. Ya Allah. sangat sinonim lah amalan tathaiyur ni dengan budaya kita :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.