12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala
Masuk je bulan
Ramadan berebut-rebut orang nak buat pahala. Aku pon tak ketinggalan nak kumpul
pahala tapi bila sedar diri harta tak banyak mana aku cari jalan lain la kumpul
pahala. Cara korang utilize puasa pula macam mana? Selain baca Quran dan sedekah
apa lagi korang buat? Meh la kongsi
boleh aku buat juga.
Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala
Salah seorang pakar penulisan yang memang aku follow di Facebook, Saudara Khairul Hakimin Muhammad ada berkongsi yang semasa bulan Ramadan ini lah, kita boleh jadikan wall kita sebagai lubuk pahala dengan membangunkan content.
Dia menulis berdasarkan content di Facebook dia. Jadi aku panjangkan pendapat dia di medium blog pula. Kita jadikan blog sebagai sumber pahala la pula. Memang aku galak kan sangat korang follow Saudara banyak perkara positif dia kongsi di laman Facebook beliau sini link dia Khairul Hakimin Muhammad
Dia menulis berdasarkan content di Facebook dia. Jadi aku panjangkan pendapat dia di medium blog pula. Kita jadikan blog sebagai sumber pahala la pula. Memang aku galak kan sangat korang follow Saudara banyak perkara positif dia kongsi di laman Facebook beliau sini link dia Khairul Hakimin Muhammad
Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala |
Berikut adalah 12 cara menjadikan
media sosial sebagai lubuk pahala yang dicadangkan oleh Saudara Khairul. Nampak
mudah nak buat.
1. Seorang doktor atau pegawai
diet atau yang terlibat boleh bercerita 30 kebaikan puasa dari sudut kesihatan
dan perubatan. Buat posting ringkas-ringkas, dan pasti ramai yang akan suka.
2. Seorang pakar kecergasan boleh
menyusun posting tentang senaman semasa berpuasa. 30 senaman untuk 30 hari.
3. Seorang ibu boleh menulis
resipi sahur dan berbuka. Lebih dari itu teknik ajar anak berpuasa. 30 resipi,
menjadi dan pasti ramai yang nak.
4. Seorang ayah boleh tulis di mana
bazar ramadan terbaik pernah dia pergi. Sehari 1 lauk, 30 hari 30 lauk. Ok yang
ini boleh kena kecam. Haha.
5. Seorang ustaz boleh menulis
tentang sirah, sejarah, kisah nabi (selawat), hadith, sunnah, ayat Quran
tentang kehebatan ramadan.
6. Seorang penulis boleh mengulas
banyaknya buku tentang kejadian pada ramadan.
7. Seorang hafiz (hafal Quran)
boleh menulis 30 teknik ringkas bagaimana mahu memahami perkataan di dalan
Al-Quran seterusnya bagaimana juga mahu menghafal dengan mudah.
9. Seorang guru boleh berkongsi
30 kisah anak-anak, atau beliau sendiri bagaimana mengawal anak-anak ini
berpuasa di sekolah.
10. Seorang bilal, imam, boleh
bercerita 30 kisah sahabat nabi (selawat) bagaimana mereka berbuka, lauk apa,
zaman apa, dan bagaimana bezanya setiap negara dan kita semua.
11. Seorang yang terlibat dengan
misi kemanusiaan, boleh up 30 cerita yang mereka sendiri lalui semasa mengikuti
misi.
12. Seorang pegawai farmasi atau
yang berurusan dengan hal ubat boleh bercerita tentang 30 jenis ubat /
perubatan yang ada kaitan dengan puasa.
Sebenarnya banyak je kan
lubuk-lubuk pahala yang boleh kita gali dan cari. Tinggal nak buat atau tidak
je. Jom lah kita menulis perkara yang elok dan bermanfaat. Mana tahu esok masa
timbangan, benda-benda yang kita tulis ni beri pahala kepada kita in sya Allah.
perkongsian yang ohsem diah..
BalasPadambetul tu.. tq for sharing.. alang2 jadi blogger biarlah apa yg ditulis tu memberi pahala dan amal jariah buat kita kan
BalasPadam