Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya

Setiap hari dalam kehidupan walaupun aku hanya seorang suri rumah aku akan pastikan aku bercampur gaul dengan isu semasa dan juga persekitaran. 

Walau dah duduk di rumah dan fokus aku kepada anak-anak sahaja, hubungan dengan kawan-kawan aku akan jaga. 

Kalau jarang bertemu muka di alam nyata aku pastikan akan menyapa di alam maya. Mana yang sempat. 

Tidaklah aku jadi suri rumah bawah tempurung. Isu-isu terkini pula aku akan cuba baca dan ambil tahu. Cukuplah sebagai pengetahuan bukan sampai ke tahap jadi pengulas. 


Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya

Jadi aku selalu ingatkan jadi suri rumah bukan lah penamat bagi segala-galanya. Sebelum ni aku agak seram dengan title Suri Rumah sepenuh masa. Aku risau aku bosan.




Tahun ni tahun kedua aku menyarung topi suri rumah sepenuh masa. 

Setahun lepas aku cuba sibukan diri dan yakinkan keputusan untuk berhenti bekerja adalah keputusan paling betul pernah aku buat dalam kehidupan. 

Kalau siapa yang kenal aku macamana aku ni sejenis yang cepat bosan. Payah aku nak stick kepada sesuatu dalam jangka tempoh yang lama. 

Dah jadi suri rumah sepenuh masa ni, nak tak nak aku pastikan aku akan hilangkan perasaan bosan tu. 



Setiap Benda Pasti Ada Harganya


Mungkin bagi sesetengah orang akan fikir, keluarlah kalau bosan. Pergi bersuka ria. Cari “Me Time”. Kita tak sama kan? 

Tapi aku hargai sangat-sangat orang-orang yang setia memberi pandangan, kata-kata semangat, pujian dekat aku. 

Well tiada yang sempurna dalam dunia ni. Tak dapat cari yang sempurna kita cuba jadi sedekat mungkin yang sempurna eh?

Aku dah start nak menulis kisah-kisah macamana aku survive sebagai suri rumah sepenuh masa. Cara aku hilangkan bosan, apa aku buat kalau aku stress. 

Jangan tak tahu aku pernah rasa diri aku useless. Aku tak fikir peranan aku sebagai ibu penting. 

Aku jadi sedih dan aku hilang arah tuju. Adakah aku hanya bangun siapkan makan pakai suami dan anak-anak? Masak dan cuci najis mereka? Apa beza aku dengan pembantu rumah? 

Benda-benda negatif macam tu selalu datang pada aku. Itu dulu la, sekarang masih ada tapi setiap kali benda tu datang menghasut aku akan counter semula dengan sifat syukur. 
Ibu sepenuh masa

Ibu Tunjang Keluarga

Dalam agama Islam sendiri dah sebut, Ibu ni bakal mencorakan sebuah keluarga. Menentukan jatuh bangun institusi kekeluarga tu sendiri. 

Pendek kata ibu jadi tunjang sebuah keluarga. 

Kalau seorang ibu yang sepatutnya berada di tempat yang tinggi dan mulia tapi dia sendiri menjatuhkan martabat dia akibat tertekan, maka ahli keluarga yang lain patut bantu dia. 



Maaf kepada pembaca blog aku baik yang selalu rajin drop comment mahupun silent reader. Aku dah terlalu bosan baca blog yang hanya berbentuk review. Tiada sentuhan peribadi. 

Aku faham sebab aku juga terbabas kadang-kadang atas tuntutan kerja. Yelah orang bayar kita kan? Tak kan nak melalut hal peribadi. 

In sya Allah aku cuba selang selikan dengan entri berbentuk personal semoga aku sendiri tak hilang minat nak menulis. 

Sedikit throwback, dulu aku pernah follow blog yang pemiliknya tersepit dalam cinta tiga segi. Dia sukakan duda, yang mamat single pula sukakan dia. 

Mamat single sentiasa ada tak kira apa situasi dia berada.  

Si duda juga sama tapi si duda banyak buat dia terluka. Jadi ketagih kalau dia tak update blog kisah percintaan dia. Macam novel la kiranya. Nama pena pun sangat moden lain dari yang lain masa tu. 

Setelah beberapa tahun kantoi yang pemilik blog tu hanya berkongsi imiginasi dia. cerita tu rekaan. Patut la indah weh. Aku lupa cara dia kantoi tapi terjumpa kisah dia di Forum la. 

Haishh melalut sudah. Berbalik kepada apa aku rasa tentang suri rumah bukan penamat segalanya tapi sebenarnya suri rumah a.k.a ibu lah punca bermula segala-galanya. Berat sebenarnya nak galas tanggungjawab tu. 


Bayangkan kalau kita ada anak, nak asuh dan didik jadi manusia. Berpeluh la bila fikir. Kalau kata besarkan anak-anak, semua orang boleh buat rasanya. 

Bagi cukup makan dan pakai selesai urusan. Berlainan sangat kalau nak asuh dan didik. Jadi dekat sini la peranan utama ibu yang bergelar suri rumah ni.

Aku tak kata ibu bekerja tak bagus ya, kena fahami kedudukan kewangan dan masalah lain jika pilih nak jadi suri rumah. 


Doa Memohon Pertolongan 


Apa sahaja pilihan kita buat semua ada kesan baik buruk dia. Aku doakan doa korang yang nak jadi suri rumah Allah makbulkan. 

Satu doa yang selalu aku amalkan masa aku dalam dilema dan masa tu masih bergelar pekerja. 


“Ya Allah aku mohon petunjuk dan hidayah-Mu. Jika apa yang kau atur dan kirimkan adalah yang terbaik untuk ku maka aku pohon Kau lapangkanlah dada ku menerima setiap takdir yang Kau utuskan. Jika keputusan yang aku minta ini menjauhkan diri aku dari-Mu maka jauhkanlah.”


Setiap kali aku solat, setiap kali ada waktu makbul untuk berdoa aku tak lupa nak selit sekali doa ni. 

Aku tak ada basic Bahasa Arab jadi kita minta seikhlas hati berdoa dalam Bahasa Melayu cukuplah. Asal Allah makbulkan. 

Oleh sebab Bulan Ramadhan semakin menghampiri, maka demi menalu-alukan aura-aura bulan suci murni ni jom tengok waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Mana tahu makbul doa kita kan? 

10 Waktu mustajab berdoa di bulan Ramadhan adalah seperti berikut: 

  1. Sepertiga Malam Terakhir
  2. Waktu Bersahur
  3. Sepanjang Waktu Puasa
  4. Menjelang Berbuka Puasa
  5. Malam Lailatul Qadar
  6. Saat Azan
  7. Di Antara Azan Dan Iqamah
  8. Ketika Sujud Dalam Solad
  9. Ketika Hujan Lebat
  10. Pada Hari Jumaat

Tak kira la apa pangkat kita di dunia ni, suri rumah sepenuh masa ke, doktor ke, cikgu ke hatta Perdana Menteri sekali pun yang penting adakah kita berjaya menyempurnakan tugas kita dengan sebaik mungkin. 

Kelak di akhirat Allah akan tanya kembali, apa yang jadi kepada semua benda yang Allah beri pinjam. Adil ke kita? 

Untuk golongan suri rumah yang satu kapal dengan aku, jom sama-sama kita tinggikan martabat kita sebagai seorang suri rumah. Hargai diri sendiri sebelum kita minta orang hargai kita. Sekian. Jumpa lagi. 

Ulasan

  1. sama la kita.. tapi lebih sikit dah 3 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa.. semoga segala usaha kerja2 kita untuk ksuami dan anak-anak mendapat pahala dan menjadikan kita kuat..

    BalasPadam
  2. Semoga sentiasa positif.. You can do it.. Bukan mudah.. Setiap keadaan tu ada ujiannya tersendiri kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.