Beberapa minggu lepas, buat pertama kalinya di tahun 2019 kami anak beranak menjejakkan kaki ke MATTA Fair yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur.
Lokasi MATTA Fair diadakan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Macam biasa kalau event di tengah kotaraya, naik pengangkutan awam adalah pilihan yang tepat.
Kami keluar rumah dan parking kereta di LRT berdekatan dan angkut semua anak-anak naik train. Kemain seronok masing-masing.
Pengalaman Pertama Ke MATTA Fair 2019
Walaupun terpaksa bersusah sedikit tapi puas hati dapat beri pendedahan kepada anak-anak tentang dunia luar.
Ini merupakan Pengalaman Kali Pertama ke MATTA Fair buat kami sekeluarga. Jakun ok.
Tujuan kami ke MATTA Fair kali ni sebab nak survey pakej percutian murah destinasi dalam Malaysia.
Niat di hati nak habiskan melawat tempat-tempat dalam Malaysia dahulu. Tunggu anak-anak dah pandai uruskan diri baru la plan ke luar negara pula in sha Allah.
Tiket Masuk ke Matta Fair 2019
Memang dah dijangka, MATTA Fair memang penuh dengan manusia. Siapa kata Rakyat Malaysia miskin woi.
Masa kami pergi adalah hari kedua MATTA Fair berlangsung. Sampai je terus menuju ke kaunter tiket dan ambil pemplate yang berkaitan.
Bayaran masuk dikenakan RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk secara percuma.
Dari segi kemudahan makanan, tandas, krew bertugas semua ok. Jadi tak ada masalah kalau korang sesat atau lapar dan banyak tempat korang boleh lepak kalau penat.
Just follow sign yang disediakan. Kami terus serbu hall 5 untuk domestic.
Dalam Hall 5 ni dia mempromosikan Negeri Kedah, Sabah, Sarawak, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Dari satu booth ke booth yang lain kami survey dan dengar pakej yang ditawarkan.
Pakej termasuk lah percutian ke Legoland, A’Famosa Resort, Lexis Hotel, Desaru, Cruise Tasik Putrajaya, pakej melancong ke Sabah Sarawak, Langkawi dan banyak lagi la.
Pendek kata semua tarikan utama untuk dalam Malaysia ada dekat sini.
Hall paling crowded semestinya destinasi pelancongan luar negara. Memang jem teruk. Sesiapa yang target nak survey pakej luar negara elok tinggalkan anak dekat rumah.
lagi mudah. Tapi kalau korang berhati kental why not kan? Susun atur setiap hall mengikut kawasan dan jenis tarikan memang dah siap susun cantik. Korang hanya perlu rujuk peta PWTC berikan.
Suami dah awal-awal ingatkan yang tujuan kami datang ke MATTA Fair kali ni sekadar nak survey pakej, nak tengok cost roughly dan kalau pakej betul-betul menarik baru boleh proceed.
Bila dah set awal-awal macam tu jadi lebih mudah. Alhamdulillah walaupun orang ramai tapi proses tu smooth sangat. Anak-anak pun tak meragam. Lebih kurang dua jam juga kami dekat sana.
Kalau orang sibuk survey pakej, aku sibuk tengok lelaki ni makan ulat Sago.
Dekat Booth Negeri Sarawak ni dia memperkenalkan makanan kolagen untuk kecantikan bagi orang Sarawak iaitu ulat Sago.
Nak makan fresh atau BBQ, anda pilih saja. Katanya rasa dia lemak berkrim. Memang tak la aku nak rasa. Selain ulat Sago dia ada bagi tester ayam pansuh yang dimasak dalam buluh.
Booth Negeri Sarawak paling meriah |
Beli apa di MATTA Fair?
Selaian dari pakej percutian, MATTA Fair juga tawarkan tiket-tiket berbaloi kena grab bagi tempat rekreasi yang popular macam Sky Rides Putrajaya dan KL Hop On Hop Off Bus.
Eh banyak lagi sebenarnya tapi yang dua ni berjaya kami beli. Bertahun-bertahun simpan niat nak naik KL Hop On Hop Off Bus ni. Nama je duduk di KL tapi sekali pun belum pernah cuba.
Apa yang best bus ni? Bus ni ada dua tingkat dan tingkat atas dia terbuka then dia akan bawa pusing satu KL which akan stop di 11 perhentian.
Harga tiket KL Hop On Hop Off Bus kalau normal price dia ialah RM25. So masa kami beli dapat harga RM15 sahaja. Kira ok la kan jimat sikit.
Lagi satu excited nak cuba naik belon helium dekat Precint 2, Putrajaya. Korang boleh search Skyrides Festivals Park.
Harga asal RM35 dan kami dapat diskaun RM10. Teringin nak pergi Skyrides ni sebab dia termasuk dalam The Malaysia Book of Records sebagai First Tethered Helium Ballon dan The Biggest Helium Balloon.
Tak sabar nak cuba. In sha Allah nanti dah rasa sendiri pengalaman tu Diah kongsi dekat blog.
Apa pun pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke MATTA Fair bersama anak-anak memang satu kenangan manis yang akan kekal terpahat dalam ingatan.
Seronok dapat berjalan sambil tingkatkan parenting skill ke level seterusnya. Bagus pergi ke MATTA Fair kalau anda sejenis yang suka tengok pakej depan mata dan nak dengar pendapat mereka yang tawarkan pakej tempat anda nak pergi.
Lebih mudah anda kena letak target apa yang anda nak cari dekat MATTA Fair then boleh start compare offer online dan juga offline.
meriah :)
BalasPadamlama tak jejak kaki dekat tempat-tempat sesak macam nie.. Matta fair pun Sha tak pernah pergi.. Seronok kalau dapat tawaran berbaloi kan Diah..
BalasPadam