Master Pasto Instant Spaghetti Halal Review
Baru-baru ni aku
berpeluang untuk mencuba Instant Spaghetti jenama Master Pasto produk keluaran
tempatan oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang semestinya berstatus Halal.
Masa
suapan pertama, Master Pasto Instant
Spaghetti dah berjaya impress aku, sebab kebiasaan makanan instant yang aku
pernah cuba membosankan rasa dia. Tapi Master Pasto Instant ni terkecuali.
Selain daripada rasa yang lazat, apa yang menariknya tentang Master Pasto Instant Spaghetti ni, ianya hanya memerlukan masa yang singkat untuk disediakan (3 minit) dan boleh terus dimakan.
Selain daripada rasa yang lazat, apa yang menariknya tentang Master Pasto Instant Spaghetti ni, ianya hanya memerlukan masa yang singkat untuk disediakan (3 minit) dan boleh terus dimakan.
Ianya selamat dimakan dan bahan yang digunakan dalam penyediaan Master Pasto Instant Spaghetti adalah semulajadi. Tidak mengandungi MSG, tiada bahan pengawet, dan boleh disimpan pada suhu bilik.
Pilihan Perasa Master Pasto Instant Spaghetti
Ada tiga jenis pilihan spageti iaitu;
Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Mushroom Cream Sauce dan Spaghetti
Aglio Olio with Chicken. Kalau korang bertekak Melayu yang suka pedas, yang
kalau makan tak pedas tak Melayu la katanya, Spaghetti Aglio Olio with Chicken adalah
pilihan yang tepat.
Level pedas yang sedang-sedang. Spaghetti Mushroom Cream
Sauce pula memang cukup berkrim la sos dia.
Pilihan bijak untuk anak-anak. Spaghetti Bolognese with Chicken pun tak kurang sedapnya. Agak-agak tak tahu nak masak apa for meal boleh la makan Master Pasto Instant Spaghetti. Harga satu kotak Master Pasto Instant Spaghetti ialah RM7.90.
Pilihan bijak untuk anak-anak. Spaghetti Bolognese with Chicken pun tak kurang sedapnya. Agak-agak tak tahu nak masak apa for meal boleh la makan Master Pasto Instant Spaghetti. Harga satu kotak Master Pasto Instant Spaghetti ialah RM7.90.
Cara Penyediaan Master Pasto Instant Spaghetti
Cara penyediaan Master Pasto
Instant Spaghetti memang mudah sangat. Hanya panaskan spageti dan sos yang
dibungkus dalam pek “flexy packy” selama tiga minit dan siap untuk dimakan.
Terpulang cara anda untuk panaskan flexy packy, tapi hidangan ini lebih enak
dimakan jika dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
*Note: Flexy packy ialah pek
mudah yang selamat dan boleh dipercayai di mana ia telah melalui pengendalian
suhu tinggi untuk tujuan penstrilan dan dibuat khas untuk pembungkusan produk
Lioco.
Cara-Cara pemanasan:
Cara A: Panaskan di dalam Air
mendidih
Didihkan air di dalam periuk
ataupun menggunakan cerek elektrik.
Rendamkan spaghetti dan sos Flexy
Packy di dalam air panas yang sudah didih dan biarkan air terus mendidih selama
tiga minit.
Keluarkan spageti dan sos Flexy
Packy dari periuk. Buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk
dihidangkan.
Atau
Cara B: Ketuhar Gelombang Mikro
Tuangkan spageti dan sos Flexy
Packy ke dalam pinggan atau bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro.
Masukkan ke dalam ketuhar
gelombang mikro dan panaskan selama satu minit. Sedia untuk dihidangkan.
Review Master Pasto Instant
Spaghetti
Sebagai seorang ibu yang ada tiga
orang cahaya mata, memang jadual aku agak padat dan sentiasa kena sediakan
makanan yang anak-anak suka. Bila hari-hari kena masak, kadang-kadang buntu
juga.
Jadi dengan adanya Master Pasto Instant Spaghetti ni memang jadi
penyelamat waktu aku kehabisan idea nak memasak dan juga jadi Hero bila tak
cukup masa nak ke dapur. Tiga minit je dah boleh makan.
Aku juga amat meyokong mereka
yang travel untuk bawa Master Pasto Instant Spaghetti ketika travel. Pek dia
mudah nak dibawa, senang dimasak, kena dengan selera orang Malaysia.
Sesuai
juga untuk pelajar yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Dah boleh gantikan
dengan makan mee segera. Paling penting tiada MSG, tiada bahan pengawet dan
guna bahan semulajadi.
Untuk pembelian Master Pasto
Instant Spaghetti ni boleh rujuk lama website atau hubungi sahaja melalui laman
media sosial mereka.
sedapnya makan heheh
BalasPadamAmboii kemahen selera agik dak kecik makan spaghetti instant ye.. sedap sgt tu diah..
BalasPadamSedap dan memudahkan kerja ni.. Cik ash kalau dekat rumah seorang jer makan bleh beli nanti ni
BalasPadamMudahnya.. tapi tak jumpa lagi.. kalau jumpa, bolehlah try..
BalasPadam