4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

Cari idea untuk karang entri ni kadang-kadang boleh amik masa berhari-hari, berminggu-minggu dan logik je berbulan-bulan. Ikut mood nak menulis. Macam aku sendiri la kan, kalau sekali datang idea nak menulis tu, dia punya idea mencurah-curah ibarat mencurah koko ke ladang gandum maka terjadi lah Koko Crunch. Ok mengarut. Kering idea ni selalu jadi bila kehidupan sibuk dengan hal peribadi. Masa untuk diri sendiri tu kurang. 

Nak berehat pun tak cukup masa apatah lagi nak menghadap laptop. Paling tragis bila idea dan mood ke laut masa ada job review kena buat. Gelak sambil menangis la ya.  Korang pulak cari idea untuk karang entri macamana? Ada ke cara mudah nak cari idea untuk karang entri?
Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri update blog


Cari Content Yang Berkualiti

Selalu ingatkan diri kalau boleh setiap kali nak menulis dan berkongsi tu biarlah entri tu berkualiti. Pendek kata boleh beri manfaat kepada pembaca. Tak nak la sekadar namanya keluar entri baru tapi merapu. Sesekali lepas gian mengarut boleh diterima kot. Bayangkan berapa banyak pahala yang masuk setiap kali entri kita dibaca dan memberi manfaat pada orang lain. Sejuk hati bila fikir macam ni. 

Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri


Personally, bila aku start habis idea nak update blog medium lain yang akan aku tuju ialah Facebook dan juga Youtube. Aku akan baca segala newsfeed yang lintas dekat timeline dan aku suka follow isu-isu semasa. Paling best baca comment netizen. Nampak kan ciri-ciri netizen Malaysia ada pada aku. hahaha. Aku tak join comment aku baca je sambil mengomel tak puas hati. 

1. Cari Topik Yang Tengah Trending Dan Goreng Dekat Blog. 

Tak kisah dekat mana sumber korang jumpa tapi pastikan sumber yang korang baca tu adalah sahih. Kang ambil dan kongsi tapi ianya satu fitnah sudahnya menambah dosa je. Elak jadi pengomen atau tukang kutuk untuk news yang hot tapi lebih kepada apa korang boleh amik iktibar dari apa yang jadi. Cenggitu lah lebih kurang. 

2. Layan Youtuber dan Vlogger

Sekarang aku tengah ketagih tengok orang buat cabaran mee segera pedas nak kojol. Macam-macam brand dah keluar sekarang kan? Mula-mula tengok sebab nak tahu level mana pedasnya mee itu. Lepas tu aku jadi seronok gelakan orang yang sahut cabaran tu dan seksa diri sendiri. Weh macam seram kan, enjoy tengok kesengsaraan orang lain. so dekat sini dah ada idea boleh update tentang “boleh ke makan mee segera yang pedas nak kojol” itu contohla. 

3. Baca Buku

Ini aku akan pastikan aku akan membaca apa jua jenis genre buku untuk elak otak aku kekeringan idea. Membaca ibarat aku siram pokok dengan air untuk pastikan pokok terus hidup. Begitu jugalah dengan otak aku. Kena jirus dengan membaca. Bila membaca baru dapat tambah ilmu dan improve penggunaan Bahasa. 

Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri dengan membaca
Membaca Jambatan Ilmu

4. Layan Cooking Show

Amat sesuai untuk blog ber niche makanan. Kebiasaan yang suka makan akan suka memasak. Dah kalau namanya suka memasak haruslah selalu tengok cooking show kan? Lepas tu mesti nak cuba. Secara tak langsung dah ada bahan untuk update blog. 

Tengok je makanan ambil idea

Secara keseluruhan, banyak lagi cara nak Cari Idea Untuk Karang Entri. Terpulang kepada kesukaan masing-masing. Tulis dan kongsilah perkara-perkara positif yang membawa kepada kebaikan. Elakkan topik yang menyumbang makian dan cercaan juga berbentuk batu api.

Kelak di akhirat takut terkena tempias juga. Semoga perkongsian cara mencari idea untuk karang entri ni dapat korang amalkan. Sekurangnya bertambah pahala akak. Tak gitu. 

Ulasan

  1. Haa berguna jugak entri ni. Simple tapi ada inti.. Kalau husniey pulak cari idea bila travel.. Tengok orang di tempat awam pun mendatangkan idea.. Haha. Idea banyak je ada tapi kadang jenis tak reti nak uruskan masa.. Selalu je rasa macam tak cukup masa. Kadang tu satu entri makan masa berhari hari nak siapkan.. Kena catat baru ingat dan ikut. 😭 Semoga kita sentiasa bersemangat 💪

    BalasPadam
  2. nombor dua aku stuju, smenjak layan youtube ada je idea nak karang entry.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.