20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Banyak rupanya penyakit hati manusia terhadap Allah. Malu sungguh bila kita sebagai hamba yang lemah dan masih lagi banyak perkara yang memesongkan kita sebagai umat Islam. 

Selalu kita tengok semakin banyak Allah limpahkan nikmat semakin jauh kita dengan Allah.

Dalam diam kita kadang tak sedar kita semakin jauh dari Allah. Bila kita ditimpa musibah baru kita tersedar yang kita sering lupa akan Pencipta kita.

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Ustaz sering pesan, jaga hati, bersihkan jiwa. Hati yang sakit akan bawa kepada bencana. Antara 20 penyakit hati terhadap Allah yang selalu dihidapi manusia yang terkadang kita tak sedar kita ada.



Allah سبحانه وتعالى berfirman;

“Maka Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka selalu berdusta.” (Surah At-Taubah, Ayat 77)

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

  1. Tidak KUSYUK beribadah
  2. LALAI dari MENGINGATI Allah
  3. Tidak YAKIN dengan Allah
  4. Tidak IKHLAS dengan Allah
  5. Tidak TAKUT pada ANCAMAN Alah
  6. Tidak HARAP pada RAHMAT Allah
  7. Tidak REDHA akan TAKDIR Allah
  8. Tidak PUAS dengan PEMBERIAN Allah
  9. Tidak SABAR atas UJIAN Allah
  10. Tidak SYUKUR atas NIKMAT Allah
  11. Tidak TERASA Hebatnya Allah
  12. Tidak RINDU dan cinta pada Allah
  13. Tidak TAWAKKAL pada Allah
  14. Tidak RINDU pada syurga 
  15. Tidak TAKUT pada Neraka
  16. GILA pada DUNIA
  17. BUANG masa dengan sia sia
  18. TAKUT pada orang dan makhluk lain SELAIN Allah
  19. RIAK dan TAKBUR
  20. GILA pujian dan kemasyuran
Sesungguhnya kita manusia lemah yang terlalu banyak kekurangan. Allah menjanjikan balasan atas setiap perbuatan kita dekat dunia ni. 

Tak kira perbuatan baik mahupun buruk. Semoga kita terhindar dari penyakit hati terhadap Allah. 

Ulasan