Sinopsis drama Encik Imam Ekspres

Lepas tengok iklan drama Encik Imam Ekspres jadi tak sabar tunggu episod seterusnya. 

Drama terbaru Astro ni dah pun mula ditayangkan sejak minggu lepas dan semakin mendapat perhatian peminat-peminat drama yang bawa genre Romantik komedi macam ni. 

Diah suka kan drama ringan macam ni dan harapnya drama ni happy ending la. 

Seperti biasa Astro suka menerbitkan drama adaptasi novel yang tajuk asalnya ialah Dia... Encik Imam Ekspres, hasil tulisan Cik Tet. Boleh cari novel ni dekat pasaran yang dijual pada harga RM28.00. 


Pelakon drama Encik Imam Ekspres


Drama Encik Imam Ekspres | Slot MegaDrama Astro Ria 

Drama Encik Imam Ekspres ada 14 episod kesemuanya (why so pendek..why) dan mula ditayangkan sejak 11 Mac lepas setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. 

Pelakon utama untuk drama ni ialah Nelydia Senrose dan Fikry Ibrahim serta dibantu oleh pelakon hebat lain seperti Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, dan Adrianna Qasmia.


Watak utama drama Encik Imam Ekspres


Bagi Diah antara tarikan utama Diah jadi tertarik nak tengok drama ni adalah karakter yang dibawa oleh Fikry Ibrahim yang kelakar dan lakonan Nelydia Senrose yang bersahaja dan tak gedik. 

Lakonan budak kecik si Isaac Iman tu pun menjadi dan comel pulak tu. 



 

Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres

Diya (lakonan Nelydia Senrose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad (lakonan Ben Amir). 

Diya menumpang dirumah rakannya, Atun yang juga adik kepada Iyad dan Ajim (lakonan Fikry Ibrahim). 

Diya pulang bersama Atun (lakonan Elisya Sandha) ke kampung untuk majlis aqiqah anak Myza dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya.



Isaac Iman Pelakon drama Encik Imam Ekspres

 
Sementara itu, Ajim selalu menghantar anak angkatnya, Awish (lakonan adik Isaac Iman) ke rumah keluarganya. 

Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna sehingga mahu memanggilnya Umi, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. 

Iyad yang mengetahui kepulangan Diya juga pulang ke kampung. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

Sinopsis Novel drama Encik Imam Ekspres
Novel Dia..Encik Imam Ekspres

Sinopsis Novel Encik Imam Ekspres

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. 

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. 

Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. 

Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. 

Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. 

Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

Ulasan

  1. Alahaii comelnyaa budak kecik tu.. Tak tengok lagi drama ni nanti ada masa nak pi layan

    BalasPadam
  2. tengah tunggu kluar youtube. hahahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.