Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre

Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre 

Aku masih tak boleh move on lagi dengan keenakan sajian yang dihidangkan masa preview buka puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang oleh Kuala Lumpur Convention Centre.  

Serious sedap weh. Tahun ni, Kuala Lumpur Convention Centre menawarkan juadah buka puasa berkonsepkan Bazar Kontemporari. 

Memang meriah teruk. Meh baca lagi kenapa aku recommend sangat-sangat untuk korang cuba buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai 

Buka Puasa Ramadhan


Menu Buka Puasa Ramadhan Kuala Lumpur Convention Centre - Bazar Kontemporari


Macam aku sebut dekat atas tadi, semua menu yang di sajikan pada Ramadhan kali ini adalah bertemakan ‘Bazar Kontemporari’. 

Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan. 

Antara lain termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis. 

Ada juga ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Sila telan air liur lepas baca senarai menu ini ya. Aku masih terbayang lagi kambing golek dan udang laut dengan Raja durian dia weh. Sedap ya ampun. 

Kalau nak tahu salah satu rahsia kenapa makanan yang disediakan begitu sedap adalah disebabkan ianya disediakan khusus oleh pasukan 52 chef yang telah memenangi pelbagai anugerah. 

Kuala Lumpur Convention Centre teruja untuk memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan dengan mencipta suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’. 

Pastinya ia akan menjadi pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan mereka pada bulan Ramadan ini. 

Chef akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging di depan mata anda.


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur

Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Tambahan lagi, Kuala Lumpur Convention Centre juga menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. 

Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa kami yang tersohor, dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.”

Selain daripada makanan, aku juga turut jatuh cinta habis dengan pilihan air yang disediakan. Paling menarik minat aku nak cuba semestinya Teh Tarik Caramel. 

Ini air wajib minum sebab dia wangi, manis dan sedap. Kalau ada dekat mall aku akan beli. Air lain yang aku rasa unik sangat ialah Teh Tarik Cendol, Lemong-Chee, Melonade Boi, Mango Tea dan Corn Slush. 



Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


7 Sebab Kuala Lumpur Convention Centre Jadi Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


1. Menawarkan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan.

2. Konsep Bazar Kontemporari dimeriahkan lagi dengan ‘Chef Action Stations’ yang memberikan pengalaman yang bakal buat anda teruja serta menggamit memori makanan klasik kegemaran tepi jalan.

3. Tak cukup dengan menu tempatan, Kuala Lumpur Convention Centre juga tawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa.

4. Kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi pelanggan yang beragama Islam boleh menikmati makanan tanpa was was.

5. Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.

6. Kuala Lumpur Convention Centre akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.

7. Kuala Lumpur Convention Centre meneruskan usaha untuk kelestarian dengan mendapatkan 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.”

Harga Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre


Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. 

Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019.

Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. 

Nak Buat Tempahan?

Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke




Ulasan