Tengok drama Leftenan Zana episode satu minggu lepas sebab terpengaruh dengan iklan dia tu. Macam menarik untuk ditonton.
Asyiklah budak kecik tu ulang “dah besar nanti Zana nak jadi askar macam abah. Zana nak jadi Kapten Zana binti Kapten Abah”.
Semangat betul dia nak jadi askar. Betul la peribadi ayah akan mempengaruhi perwatakan dan minat anak perempuan.
Watak utama dalam drama Leftenan Zana dilakonkan oleh Janna Nick. Sesuai dengan perwatakan dia yang boyish tu.
Semangat betul dia nak jadi askar. Betul la peribadi ayah akan mempengaruhi perwatakan dan minat anak perempuan.
Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3
Oleh sebab drama kali ni tema utama dia bukan tema cinta anak orang kaya dengan si miskin jadi kami teruja nak tengok episod seterusnya.
Lagi pun, pelakon dan pengacara kegemaran Diah, kak Sheila Rusli ada berlakon sekali. Harus la kena tonton setiap minggu.
Lagi satu drama ni ketengahkan isu ibu bapa yang sering buat keputusan untuk anak-anak mereka. Zana nak masuk tentera tapi ayah dia fikir perempuan lebih sesuai jadi doktor.
Ayah dia harapkan abang Zana untuk masuk tentera tapi abang dia langsung tak minat tentera.
Kalau ikut sinopsis, nanti Zana akan lari dari kem tentera sebab tak tahan di buli. Jadi sedikit excited nak tahu perjalanan dan juga ending drama ni.
Kuat ke semangat dia nak capai cita-cita atau dia akan bangkit semula? Lepas tu ayah dia selama-lamanya tak suka dan akan salahkan dia ke? nak tahu kena la tengok.
Sinopsis Drama Leftenan Zana
Mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat.
Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat.
Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan.
Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.
Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.
Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.
Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana.
Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar.
Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.
Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.
Zana seorang yang manja dan rapat dengan ayahnya, Rahmat. Sejak kecil, Zana bercita-cita untuk menjadi seorang tentera seperti ayahnya dan Rahmat hanya tersenyum mendengarnya.
Apabila Zana semakin besar dan meningkat remaja, Rahmat mula risau dengan kecenderuan Zana yang masih mahu menjadi tentera.
Rahmat tidak menyukainya dan dia ada sebab sendiri tapi tak mahu jelaskan. Sebenarnya Rahmat mahu menanamkan sikap ketenteraan dalam diri Zaidi, akan tetapi Zaidi tidak menyukainya.
Malah dia sudah berikrar dengan dirinya akan jadi apa sahaja tapi bukan sebagai askar.
Barisan pelakon drama Leftenan Zana
- Janna Nick sebagai Leftenan Zana
- Tunku Hanis sebagai Leftenan Raz
- Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
- Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
- Zarul Husin sebagai Arul
- Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
- Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
- Nazrief Nazri sebagai Zaidi
- Aprena Manrose sebagai Tisya
- Izzat Mushtaq sebagai Faiz
- Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra
- Sue Sophie sebagai Mah
- Annie Mosha sebagai Abby
Drama Leftenan Zana yang bersiaran di slot Lestary bersiaran setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada pukul 9 malam di TV3.
Elok sangat la anak-anak kecil yang teruja jadikan askar sebagai cita-cita untuk tengok drama ni. Sekurang-kurangnya dia dapat bayangkan la jadi askar tu macamana.
Salute kepada pengarah dan penerbit kerana masih peka nak terbitkan drama ber genre macam ni.
Belum sempat tonton lagi.. Nanti nak marathon episod drama ni laa. Hehee
BalasPadamcerita cik ash minat hahaha sbb kenangan zaman waktu aboh kerja askar dulu hihihi
BalasPadam