Mempunyai kulit muka sihat dan bebas masalah memang menjadi idaman semua wanita termasuk lah Diah. Walaupun sentiasa menjaga wajah dengan mencuci muka, pakai toner dan juga pelembap tapi masih lagi kurang puas hati dengan hasilnya.
Nak pula umur dah memasuki usia 30 an ni, makin meriah pula jeragat dan jerawat singgah. Lepas sedar diri dengan masalah kulit muka ni mula la menjebakkan diri dengan pakai serum.
Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat
But, why serum? Menurut pakar kecantikan, serum lebih bagus berbanding pelembap sebab ianya terdiri daripada molekul-molekul halus dan terus meresap ke lapisan kulit untuk merawat kulit dari dalam.
Pakar kecantikan mencadangkan pemakaian serum setiap hari tau. Serum dipakai selepas mencuci muka dan pakai toner. Lebih elok dipakai pada waktu malam sebelum tidur.
Kenali Jenis-Jenis Serum
Sebelum nak pakai serum anda kena kenal jenis kulit dan juga serum yang sesuai untuk kulit anda. Ada tiga jenis serum yang perlu anda tahu iaitu:
Serum Vitamin C
• Mencegah dan melambatkan proses penuaan.
• Terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam.
• Mempunyai sifat antiradang
• Sesuai untuk semua jenis kulit
Serum Vitamin E
• Pilihan terbaik untuk merawat kulit rosak.
• Menjadikan kulit lebih lembap.
• Membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara.
• Bagus dalam memulihkan kulit terbakar akibat sinaran UV.
Serum Kolagen
• Terdiri dari asid amino dan vitamin berfungsi menegangkan kulit.
• Bagus untuk proses penyembuhan jerawat.
• Memudarkan bekas parut jerawat.
• Menjadikan kulit muka lebih anjal.
Penting ke serum muka? Serum yang kaya dengan vitamin dan antioksidan membantu mencerahkan kulit muka yang kusam.
Serum juga dipercayai memberi kesan yang lebih baik berbanding pelembap. Serum berfungsi sebagai antipenuaan, antiradang, merawat jerawat dan jeragat serta merawat kedutan.
Jom tengok lima serum muka untuk kulit berjerawat & berjeragat popular di Malaysia.
1. Nano White Dark Spot Corrective
Fungsi utama serum ni adalah untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat. Serum ni diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata.
Gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semulajadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit yang cerah dan berseri serta kekal lama.
2. Alpha-H Vit C
Khas untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah dengan memberikan pelembapan berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV.
Dengan kandungan Vitamin E, kulit anda tidak akan kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.
Serum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan gigitan serangga serta menghalang daripada liang pori tersumbat.
Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Bio Essence Bio Energy Snail Secretion Repair
Fungsi-fungsi serum ini adalah seperti berikut:
- Membaiki kulit yang rosak
- Merangsang pertumbuhan semula sel-sel kulit
- Meringankan parut & tanda
- Anti-keradangan untuk mencegah jerawat
- Melembapkan & melembutkan kulit
- Pastikan kulit lembut dan kenyal
4. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear
Serum ni dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak & berjerawat. Serum ini berfungsi untuk mengawal minyak dan menghalang bakteria, menghapuskan jerawat, merawat kulit dan mengekalkan kelembapan.
Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik dan mencerahkan kulit.
5. DR BEAU Pure Natural Skin Oil
Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia.
Pengguna Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil bukan sahaja dari Malaysia malah mendapat sambutan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.
Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:
- Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
- Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
- Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
- Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
- Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
- Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
- Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah solusi untuk masalah kulit muka di bawah:
- Mampu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat
- Menghilangkan jeragat dan kulit bertompok
- Menghilangkan masalah kulit berminyak
- Menghilangkan masalah bawah mata
- Mampu menghilangkan masalah liang pori besar dan blackhead
Pendapat Diah Tentang Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil
Apa yang Diah suka dengan serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil ialah bau dia wangi yang semulajadi dan tak peningkan kepala.
Selesa sangat bila disapukan ke muka. Selepas mencuba serum ni Diah rasa lebih yakin bila tengok muka sendiri dekat cermin. Rasa macam cantik je kulit muka.
Tapi dengan serum DR BEAU ni risiko nak tumpah tu memang hampir tiada dan paling utama dijamin bersih.
LAMAN WEB: www.drbeau.com.my
FACEBOOK: https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/drbeau_official/
TELEFON: 016 963 3443
Serum ni semua terbaik kan.. eh tapi yang nombor lima tu menarikk nya bahan semulajadi
BalasPadamaku stuju kalau kau recommend ni sebab serum dr beau ni memang elok
BalasPadam