Assalamualaikum. Diah terbaca tentang cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh ibu-ibu sepanjang proses penyusuan.
Tak kisah lah berapa lama tempoh penyusuan tu tapi cabaran untuk setiap orang lebih kurang sama je. Amaran awal, bukan semua orang faham perit jerih, pahit manis perjalanan melengkapkan prosess dua tahun penyusuan tu.
Ada yang ambil berat dan rasa penting kena susukan dua tahun, ada yang rasa 6 bulan cukuplah. Terpulang pilihan di tangan masing-masing.
8 Cabaran Ibu Sepanjang Dua Tahun Penyusuan
Ada macam-macam situasi pernah Diah jumpa, itu pun berdasarkan perkongsian dan cerita kawan-kawan.
Ada ibu yang mahu menyusukan tapi kasihan rezeki tak banyak. pernah juga jumpa yang tak larat nak susukan anak-anak. Sedih kan?
Apa pun doa banyak-banyak dekat Allah moga urusan penyusuan dipermudahkan Allah.
Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah al-Baqarah, 2:233)
Cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh ibu menyusu dan juga keadaan yang orang sekeliling perlu tahu.
Bukan apa, kalau orang faham dan ambil peduli sekurang-kurangnya ibu tak la rasa stres dan sentiasa positif. Perkongsian ni Diah dapat dari group Whatsapp. Diah rasa releven untuk dikongsi.
Cabaran-Cabaran Ibu Sepanjang Proses Penyusuan
Hormon prolaktin yang terhasil semasa penyusuan dah boleh buat ibu terlelap, inikan pula kalau anak itu menyusu lama. Memang bukan setakat lena tapi rasa letih juga.
Dengan postur badan yang salah juga boleh sebabkan ibu jadi penat. Semua kena ambil kira.
2. Ibu menyusu perlu ambil pemakanan yang tinggi nutrien lebih dari ibu mengandung.
Bak kata jururawat KKIA yang pesan pada saya, kalau ibu mengandung makan sekor ikan, ibu menyusu kena makan 2 ekor ikan. itulah perumpamaannya.
3. Stres dan keletihan menjadi punca production susu ibu drop.
Sebab itu pasangan dan ahli keluarga kena cakna dan jaga hati ibu menyusu. Bila ibu menyusu keletihan berilah peluang untuk ibu berehat. Kalau orang tak faham memang akan kata ibu menyusu ni pemalas, tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
4. Ibu yang bekerja memang kena allocate masa untuk sesi perahan susu. Biasanya setiap proses ambil masa 30 min-1jam.
Bukan semua akan faham terutama majikan, dan bukan semua ibu selesa untuk pam susu di work station. Ada yang terpaksa sembunyi tempat tersorok demi keselesaan.
5. Fahamilah yang bukan ibu mengandung je craving nak makan itu ini, ibu menyusu pun sama dan lebih lagi.
Selalu orang sekeliling kesiankan pada ibu mengandung mengidam je. ibu menyusu pun mengidam juga.
6. Ibu menyusu banyak cabarannya. Luka nipple, crack, saluran tersumbat dan macam-macam masalah lagi. Semua itu cabaran untuk ibu menjayakan sesi penyusuan.
Berilah sokongan pada ibu. Diah sendiri pernah alami bengkak susu. Memang boleh akibatkan demam. Allahuakbar seksa. Boleh cuba CARA URUTAN BENGKAK SUSU
7. Jangan sesekali bagi cadangan susu formula pada ibu yang memang kental nak susukan anak dengan susu ibu. Boleh jatuh sedih hati ibu tau, sepatutnya bagilah kata sokongan. Itu lebih bagus.
8. Walaupun ada yang kata anak yang breastfeeding ni nampak mudah tak menyusahkan ibu untuk bangun malam dan bancuh susu, tapi kekerapan ibu terjaga nak sua breast pada baby kadang-kadang mengganggu kualiti tidur ibu.
Sama ada ibu jadi sangat mengantuk atau ibu jadi terlalu lena dan terbangun lewat. Bahagian ni pasangan memang harus faham.
btol wes. aku kalau yang suggest FM, mase tu nk debik je. FM tu pilihan ibu kan, so hormat la ibu kalau ibu nak BF. adoiii
BalasPadamBetul tu, ianya bukan satu tugas yang mudah. Syabas para ibu. Menyusu badan memang baik untuk tumbesaran anak-anak :)
BalasPadamtq diah sharing.. kalau ada ank nanti..
BalasPadam