Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia?

Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia? 


Sadis betul bila baca pengakuan artis di akaun Instagram dia tentang masalah rumahtangga dia dengan suami. Kalau sebelum ni, suami dia pernah curang dan mereka masing-masing move on, memaafkan dan bina hidup baru. 

Tapi sekali lagi ujian menimpa hubungan mereka, bila buat kali kedua suami kantoi curang. Si B dapat tahu bila ada yang sampaikan pada dia beserta bukti rakaman video. Bak kata omputih, “once a cheater always a cheater”.

Aku membenci perangai yang buruk tapi bukan manusia tu ya. 

Sebelum anda baca lebih lanjut, entri kali ni bukan Diah nak ajak anda untuk membawang tapi lebih kepada sesi muhasabah, ambil pengajaran dan juga mendoakan yang terbaik untuk mereka yang teraniaya. 

Selagi masih belum terbukti bersalah, belum berpisah kita fikir dan doakan yang baik-baik sahaja. 


Aliff Aziz Kantoi Curang Buat Kali Kedua

Punca-Punca Berlaku Curang


Sebagai seorang perempuan dan juga seorang isteri, bila suami berlaku curang atau buat benda tak senonoh di belakang isteri mestilah akan kecewa. Orang kata, pasangan kita cerminan kita. Walau dekat mana berada kena jaga air muka, jaga harga diri, jaga kepercayaan yang diberi oleh pasangan. 

Curang dengan pasangan bukan perkara kecil (dosa besar) melainkan seseorang tu memang dah nekad dan tak kisah pun apa nak jadi dengan hubungan dia. Banyak je punca-punca yang boleh lead to berlaku curang. 

Terpulang pada diri kita termakan tak dengan godaan curang ni. 

Pendapat Diah, pasangan mudah berlaku curang bila dia terlalu fikir asyik nak enjoy 24 jam dan belum puas enjoy dengan kehidupan dia. Bila tengok orang lain berkahwin dan ada anak, dia pun sibuk nak ada keluarga lengkap sempurna. Tapi bila dah ada semua tu tak dihargai pula. 

Dalam kes ni, walaupun muka isteri dia cantik, pandai jaga diri dan anak, pandai cari duit tapi suami dia masih lagi buat hal. Maksudnya suami dia memang tak pandai menghargai dan tak bersyukur. Dasar manusia betul. Ternyata rupa paras tak menjamin yang suami akan setia. Yelah manusia kan. Tak pernah cukup. 


Orang Ketiga Atau Perosak Rumah Tangga Boleh Di Dakwa?


Terbaca tentang Akta Orang ketiga di www.karangkraf.com tentang orang ketiga dalam rumah tangga. Ketap-ketap bibir geram bila baca. Hati-hati wahai orang ketiga, atau yang baru nak pasang niat jadi orang ketiga. Anda boleh dipenjarakan tau.  

Siapa orang ketiga ini? 

Mengikut Seksyen 37 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997:

orang ketiga adalah merujuk  kepada mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, manakala seksyen 38 akta sama pula menyatakan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan.

Di Selangor pula  terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggungjawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Akta ini diguna pakai untuk individu keji termasuk kekasih gelap yang terbukti meruntuhkan rumah tangga orang lain. Mereka ini boleh didakwa  menerusi peruntukkan undang-undang itu, seterusnya dihumban ke dalam  penjara.


Doa Pengikat Kasih Sayang 

Memang di dalam Islam, penceraian adalah sesuatu yang tak disukai oleh agama tetapi dibolehkan dengan alasan dan seba-sebab yang kukuh. Itulah jalan keluar terakhir jika pasangan dah tak boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. 

Apa sahaja keputusan, kesan dan akibat akan ditanggung oleh mereka yang terlibat, bukan orang-orang sekeliling yang memberi pendapat. 

Diah nak kongsikan doa pengikat kasih sayang yang Diah dapat masa dengar ceramah tentang rumahtangga lama dulu. Doa ini baik untuk di amalkan supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan dan semua orang. 

Bagus diamalkan setiap hari selepas solat lima waktu. Kita usaha la yang terbaik, jaga iman, jaga diri dan pasangan. Kita cuba ya!



Surah Al Imran; Ayat 31

“Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum wallahu ghafu-run rahiim”

Maksudnya: Katakanlah ya Muhammad! “Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.”


Apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bak kata pepatah lama, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. It takes two to tango. Allah hantar ujian sebagai peringatan, bukan hanya untuk orang tertentu tapi untuk semua untuk dijadikan pengajaran. 

Banyak sangat pengajaran boleh kita pelajari. Jangan ketawakan atau kecam tak ingat dunia sebab dunia ni sfera, what goes around will comes around. Hari ini hari mereka, esok lusa hari kita. Siapa tahu? 

Ulasan