Resepi Homemade Fluffy Bread | Roti Naik Pahang

Resepi Homemade Fluffy Bread | Roti Naik Pahang 

Assalamualaikum, dah agak lama tak kongsi resepi dekat blog. Baru-baru ni berkesempatan buat homemade fluffy bread iaitu Roti Naik Pahang. 

Jadi Diah kongsikan hasil dan juga pengalaman pertama kali buat roti. Jangan tanya kenapa nama resepi dia macam tu ya, Diah pun belajar tengok Blog buat orang lapo

Kisahnya nak belajar buat roti dari tahun lepas lagi tapi disebabkan oven yang sedia ada saiznya kecil molek sangat jadi keinginan nak belajar tu terbantut. 

Bukan apa dengan saiz oven yang kecil-kecil cili padi tu, untuk orang yang kurang mahir memasak peratus resepi gagal adalah tinggi. Terhangus sebelah la, keras kejung la disebabkan tak pandai nak adjust suhu dan faktor keluasan oven. Wow sangat alasan kan? Hahahhaha.

resepi Roti Fluffy

Awal tahun hari tu, prihatin dengan azam tahun baru isteri. Sang suami pun hadiahkan ovel 45L buat sang isteri supaya gigih belajar memasak.   

Paling terbaru berjaya memasak ayam golek. Tak pernah tahu sungguh senang nak buat. sedap pon sedap. Nanti Diah kongsikan cara-cara masak ayam golek ok.

Resepi Buat Roti Bun

Kali ni nak kongsi resepi roti manis Pahang yang Diah belajar melalui Youtube Buat Orang Lapar. Edisi buat roti kali ni istimewa sebab Diah buat roti bersama anak bujang kesayangan. 

Dalam buku teks Sains dia ada aktiviti membuat roti. Jadi setiap kali ada sesi ulangkaji setiap kali tu dia asyik sebut teringin nak buat roti. Akhirnya impian dia ditunaikan. Gembira tak usah cakap la.

Kalau ikut resepi, roti ni akan rasa manis tau. Sedap dimakan begitu sahaja atau terpulang nak buat topping dia. Boleh taburkan gula dan bakar pada 5 minit terakhir atau curahkan topping kesukaan anda.

Jom buat Roti Naik Pahang dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 biji telur Diah guna gred B
1 Tbsp Susu Pekat
1Tsp Yis
Air suam 140 ml
250 gram Tepung gandum
1 Tbsp Susu Tepung
1/3 Cawan gula
1 Tbsp Marjerin
½ Tsp Shortening / dough softener

Cara-cara untuk membuat Roti Naik Pahang adalah;

Campurkan telur, susu pekat, Yis dan air suam. Kacau sebati dan biarkan selama 15-20 minit untuk yis mengembang. Tutup bekas dengan kain atau plastik wrap.

Resepi Homemade Fluffy Bread bancuhan yis

Dalam bekas lain, masukkan tepung, susu tepung, gula dan gaul dengan tangan hingga sebati. Dah agak-agak semuanya bercampur, buat bulatan di tengah-tengah dan masukkan campuran yis tadi dan uli.
Homemade Fluffy Bread Bahan Kering




Kemudian, masukkan marjerin dan juga shortening. Uli lagi. Lepas tu dalam bekas lain yang disapu sedikit minyak pada permukaan bekas, masukkan doh tadi dan rehatkan selama 1-2 jam atau sehingga doh kembang satu kali ganda dari saiz asal. Jangan lupa tutup bekas.

Doh resepi Homemade Fluffy Bread
Rupa doh setelah di uli dengan marjerin

Selepas doh naik kembang, uli doh sedikit untuk buang angin dalam doh dan bentukkan jadi bentuk bulat kecil. Susun doh-doh kecil dalam Loyang yang di oles dengan minyak.

Resepi Homemade Fluffy Bread Doh
Doh akan naik begini

Tutup Loyang dan biar doh direhatkan 5-10 minit sebelum dibakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga keperang-perangan. 

Roti ni boleh dijadikan sebagai menu sarapan atau pun menu minum petang. Sedap tau tak rugi buat.

Selamat mencuba. 

Susun asal boleh nama dia
Hasil Roti Resepi Homemade Fluffy Bread
Beberapa minit sebelum masak sepenuhnya


Final Product!

Resepi roti Resepi Homemade Fluffy Bread
Malas nak tunggu gula cair

Ulasan

  1. alahai sedapnya mama tak penah buat sendiri. makan pandai laa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.