Tempat Makan Steamboat Sedap Di Shah Alam
Sabtu lepas tercapai juga hasrat nak makan stimbot di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Diah ke sini kerana menghadiri majlis mini gathering sempena menyambut ulang tahun ke sepuluh kami berkawan. D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menjadi tempat pilihan kami berdasarkan review dari kawan-kawan yang pernah datang ke sini.
Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat
BBQ Buffet terkenal dikalangan peminat stimbot kerana pilihan stimbot yang
pelbagai dan harganya yang murah. Memang puas hati. Harga yang dikenakan sama
termasuklah Sabtu dan Ahad. Diah pernah makan di restoran stimbot lain harga
dikenakan berbeza ikut hari dan waktu. Geram bila fikir. Paling best, restoran D'Kayangan
Steamboat BBQ Buffet Shah Alam dibuka seawal pukul tiga petang pada hari Sabtu
dan Ahad.
Mini Gathering di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam |
Alhamdulillah majlis kami pada
hari tersebut berjalan dengan lancar sekali. Oleh sebab kami agak ramai, dalam
20 orang kesemuanya jadi kami pilih tempat berkumpul berdasarkan keselesaan
untuk satu keluarga. Lagipun jadi mudah sebab semua orang boleh makan apa yang
mereka suka dan tanpa had. Parking dekat sini banyak dan lokasi restoran ni
hanya lima minit dari Stadium Shah Alam. Kemudahan seperti surau disediakan. Tandas
dia bersih. Jadi puas hati.
Pilihan yang banyak |
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah
Alam menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan
ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam
satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian
ruang terbuka. Pendek kata memang pilihan yang tepat untuk kami yang ramai dan kuat
makan ni.
Pilihan Stimbot & Grill
Dekat sini pelanggan boleh pilih
samaada mahu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan stimbot. Ada sesetengah
restoran stimbot kalau refill atau pilih kuah tomyam, caj tambahan akan
dikenakan. Bagusnya D'Kayangan Steamboat
& Grill ni tiada caj tambahan kalau nak refill sup atau pilih tomyam. Makan
la sampai kenyang.
Grill & Steamboat |
Sayur Segar |
Mee, rojak Buah & buah-buahan |
Pilih je nak apa. Perapan dia terbaik |
Putih tu Perut lembu dan kerang dia besar. Love Sangat. |
Terdapat juga pelbagai pilihan
sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island,
Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau
Foo dan macam-macam lagi. Pilihan hidangan sampingan juga disediakan seperti
mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan spagethi Bolognese. Ada ais krim dan
juga ABC untuk menyejukkan tekak.
Hidangan Sampingan |
ABC |
Ais Krim yang jadi tumpuan anak-anak |
Tempat Ideal Untuk Reunion, Sambutan Hari Jadi & Gathering
Krew restoran pun pantas buat
kerja dan senang sangat nak deal sebab kami request nak hias tempat tu dengan
belon masa sesi Gift Exchange kami. Krew restoran memberi kerja sama yang baik dan amat membantu.
Jadi anda yang nak buat majlis gathering, reunion, sambutan hari jadi D'Kayangan Steamboat merupakan pilihan ideal untuk anda pertimbangkan.
Gift Exchange Kami |
Harga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam
Harga terbaru yang ditawarkan amat
berpatutan iaitu hanya RM 29.90 bagi dewasa dan RM 12.50bagi kanak-kanak yang
berusia 5 – 11 tahun. Kanak-kanak empat tahun ke bawah adalah percuma. Macam Diah
beritahu dekat atas tadi, tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. Bagi pelanggan
yang membelanjakan lebih daripada rm 150, anda layak untuk dapat kad diskaun
bernilai RM 10.
Riang-Ria Cabutan Bertuah 'Makan
Dan Menang' Di D'kayangan Steamboat BBQ Buffe Shah Alam
Berita baik untuk pelanggan yang
makan di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam, anda boleh memenangi
hadiah-hadiah menarik seperti Skuter, TV 60 inci, Mountain bike, dan voucher
steamboat jika anda belanja RM100 dalam satu resit. Hanya isi butiran yang di
kehendaki dalam borang penyertaan yang disediakan. Tempoh peraduan bermula 31hb
Disember 2018 sehingga 29hb Mac 2019.
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah
Alam pernah menjadi pilihan rancangan makanan popular, Jan-jalan Cari Makan
(JJCM) dan juga Nasi Lemak Kopi O. Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu D'Kayangan Steamboat
BBQ Buffet Shah Alam hari ni juga. Pilihan makanan yang pelbagai, perapan dan
sos yang sedap, dan tempat yang selesa untuk anda makan-makan bersama
kawan-kawan dan keluarga.
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat: 5:00petang hingga
12 Tengah malam
Sabtu- Ahad: 3:00petang hingga 12
Tengah malam
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah
Alam
Sri Acappella Servis Apartment,
Restauran D'Kayangan,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M
Seksyen 13, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Waze: Dkayangan Steamboat &
Grill
Whatsapp 012-297 1091 untuk
tempahan
Kenangan 2019 |
sedap betol siap beraiskrim lagiii. inysAllah next visit ke sini.
BalasPadam