9 Tips Hindari Stress

Kalau sebelum ni kita dibiasakan dengan bila stress je akan cari makanan (Diah la tu) apa kata jom kita tukar dan hindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Baru hidup jadi berkualiti. 

Dengan perubahan zaman dan gaya hidup masa kini, makanan menjadi faktor utama kita jatuh sakit. Kalau tak percaya tengok lah statistik kesihatan dunia, Malaysia antara negara asia yang berada di tangga teratas kerana mempunyai kadar obesiti yang tinggi dikalangan rakyatnya. 

Seram kan? Kalau zaman mak ayah kita dulu makanan segera amat sukar nak dibeli. Sukar kerana lokasi dan juga harganya. Mahal. Mana mampu nak beli seperti sekarang. 

9 Tips Hindari Stress 

Jadi agak terbatas anak-anak nak merasa makanan segera ni. Penyakit pun susah nak hinggap. Kalau dibandingkan dengan sekarang memang jauh bezanya. Dengan harga yang mampu beli, makanan segera dah jadi menu penyelamat untuk ibu bapa yang sibuk tak sempat nak masak. 

Tak tunding jari pada orang sebab Diah pun kadang-kadang beli sebab teringin. Tahu bahaya tapi suka. Macamana tu? 

Oleh sebab azam 2019 nak didik keluarga ke arah kehidupan sihat, haruslah tekankan dan jauhi makanan segera. Mampukah? Kita cuba lah kan. 

Jadi kali ni Diah nak berkongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang 9 tips menghindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam banyak-banyak tips tu, paling susah nak amalkan adalah no 3 tu. Masih berjuang. 

Tips Hindari Stres


  1. Tabiat diet yang tetap
  2. Ambil Diet yang seimbang – Diet yang seimbang termasuklah ada buah, sayur, protein dan karbohidrat. Kalau susah nak hafal, amalkan je makan makanan pelbagai warna. Sayur hijau, buah oren ha macam tu. 
  3. Kurangkan pengambilan kafein – Nak berhenti ambil kafein dah macam setaraf dengan berhenti tabiat merokok. Faham sangat susah ok tapi sekarang perlahan-lahan kurangkan kafein. Bukan kopi je ada kafein ok, milo pun ada tapi jumlah dia kecil la. 
  4. Kurangkan pengambilan garam – Oleh sebab para ibu yang memasak dekat rumah maka kena ingat la dalam setiap masakan cuba kurangkan garam tapi lebihkan kasih sayang. Garam juga tinggi dalam makanan segera. 
  5. Hentikan pengambilan alcohol 
  6. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi – Kalau nak ambil vitamin sila la dapatkan pandangan doktor dahulu. Kita tak nampak apa ada dalam badan kita. Mana yang kurang dan terlebih. Dah tahu baru beli yang patut ya. 
  7. Menggunakan bahan makanan yang mengandungi probiotik – Contoh makanan probiotik macam budu dan tempe. Ini Diah suka. 
  8. Kekalkan berat badan – Bila pemakanan terjaga in sha Allah berat pun kekal je. 
  9. Hentikan tabiat merokok – Dah alang-alang sekarang pun susah nak merokok apa kata berhenti teruslah. Memang payah tapi tak mustahil kan? 


Sekian sahaja perkongsian untuk misi sihat 2019. Sama-sama kita hargai nikmat sihat yang Allah beri. Nanti kalau tak jaga dekat akhirat kelak Allah akan soal semula apa yang kita buat dengan apa kita ada ni. 

Masa tu mulut dikunci, anggota badan kita yang tolong jawabkan. Insaf kan? Tak dapat amalkan semua tips dekat atas tak apa kita cuba yang mampu la. Selamat berjaya. 

Ulasan

  1. Nak juga sihat pada tahun baru ni. Boleh hindari banyak penyakit. Selain daripada itu pemakanan dan senaman juga penting selain fikiran yang positif.

    BalasPadam
  2. Nice tips.. Kadang tu tau pasal tips sihat ni tapi masih tidak sedar diri 😂😂

    Moga kita dijauhkan penyakit berbahaya

    BalasPadam
  3. thank for sharing this tips.. Rabia stress time nak dekat exam.kadang2 letih juga minda ni

    BalasPadam
  4. tahun ni one of my resolutions adalah nak eat healthy food. xdela mendadak sngt prubahan tapi slowly kena tukar eating regime. untuk lebih sihat.. insyallah !!

    BalasPadam
  5. tips menarik ni diah nanti boleh cuba hihihi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.