Assalamulaikum, hai korang. Tak berapa lama dulu kecoh kan viral tentang taktik scammer melalui kurier servis. Pernah dengar?
Kalau belum meh baca apa Diah kongsi ni. Macam pelik kan, macamana boleh jadi mangsa scammer melalui kurier servis?
Rupa-rupanya korang berpotensi untuk jadi mangsa scammer ni bila berlakunya kebocoran maklumat peribadi korang.
Maklumat peribadi seperti nama dan juga alamat tempat tinggal. Siapa yang dimaksudkan dengan scammer ni?
5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis
"Scammer is someone who makes money using illegal methods, especially by tricking people"
Oleh sebab perniagaan secara online ni dah bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan maka banyaklah penjenayah buka mata nak cari peluang juga.
Semakin banyak jualan semakin ramai la yang menggunakan kurier servis untuk penghantaran barang kepada pelanggan.
Kalau dapat panggilan mencurigakan, baik jangan layan. Putuskan panggilan dan pergi ke bank atau telefon customer service bank kalau ada soalan.
Mangsa-Mangsa Penipuan Scammer
Benda ni boleh terjadi dekat sesiapa sahaja. Seram kan?Apa yang Scammer buat ialah mereka akan guna nama dan alamat untuk membuat penghantaran barang yang konon-kononnya korang beli dan menetapkan bayaran secara cash on delivery (COD).
Maksudnya korang akan buat bayaran bila barang sampai ke tangan. Sebagai contoh antara platform shopping online yang terkenal sekarang macam Shopee dan Lazada.
Jadi dekat sini la akan jadi tumpuan penjenayah untuk lakukan kegiatan mereka.
Rupa-rupanya dah ada kes pun yang melibatkan kurrier servis ni. Siap masuk surat khabar lagi, guru ditipu dan kerugian 12 ribu ringgit.
Rupa-rupanya dah ada kes pun yang melibatkan kurrier servis ni. Siap masuk surat khabar lagi, guru ditipu dan kerugian 12 ribu ringgit.
Jadi korang kena la berhati-hati.
Apa perlu korang buat untuk elak jadi mangsa scammer ni? sila ikuti Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis seperti yang dicadangkan dibawah:
- Bila terima bungkusan sila semak nama penerima dan jangan tanda tangan nota penerimaan barang jika ada keraguan.
- Jangan sesekali ambil barang yang dihantar jika tidak yakin.
- Berkeras untuk tidak terima barang yang bukan kita pesan.
- Semak detail barangan seperti berat bungkusan, maklumat penjual dan harga yang perlu dibayar.
- Perkara yang sering terjadi, Jika menjadi wakil penerima pastikan penerima mengesahkan pembelian baru terima bungkusan dan buat pembayaran.
Cara Semak Senarai Scammer Malaysia
Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi masih lagi menjadi mangsa penipuan. Itu namanya takdir. Minta la pertolongan dari Allah dan jauhi aktiviti yang mencurigakan.
Diah nak kongsi satu laman web yang dapat bantu korang semak senarai penipu "scammer" di Malaysia dekat luar sana tu.
Tiada jalan mudah nak kaya dan berjaya. Kita doakan semoga yang buat kegiatan ni dapat dibanteras dan kembali ke pangkal jalan. Baru aman dunia. Tak gitu?
bahaya betul sekarang ni..
BalasPadamnice sharing. kena always berhati2. licik licik yang dok buat kerja cemni..
BalasPadamyeah now many easy scam calls, not just home call but also hp call. Now lots of them using voice machine to talk, some will talk in chinese too and some in Malay so need to careful. So usually I just hangup on machines.
BalasPadamGoid sharing diah... sekarang ni macam-macam cara org nak tipu kan.. liez pun ada dpt email konon dr fedex.. siap hantar link suruh kita bukak utk check parcel konon.. tp dlm hati dh syak.. mesti diaorg call bukan hantar email kann. Semoga kita tak menjadi mangsa-mangsa manusia tipu ni
BalasPadamSekarang ni macam2 taktik scammer.. Kita kena alert.. Tpi takut gak kadang2 PR ni yg jnis main hantar without notice ni yg buat kita terpinga2 parcel apa pulak kan
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi maklumat yang bernas ini. Yeah...sekarang ini memang kena lar berhati-hati kan. Macam-macam scam pun ada. Sigh....
BalasPadamNice post sharing! Cx setuju sangat dengan apa yang sis kongsikan. Sekarang memamg memasing sejenis duduk, scroll, order and pay. Semua atas talian. Tapi tulah, penjahat pon makin advanced juga. Kemain lagi otak tu ligat buat idea mcm ni. Cuba guna kebijaksanaan akal fikiran tu ntk buat bisnes sendiri. Kan lg elok. Ini tidak, asyiklah nak scamm orang. Makan duit orang. Tipu orang. Hiduplah mereput sampai akhirat menjawab depan Maha Pencipta. Thanks for the tips!
BalasPadamTerbaik perkongsian ni. Sekarang semua beli online, jadi mesti ada banyak benda yang kena berhati-hati. Scammer macam ni memang Bijak cari peluang. Kena share dengan semua orang agar takde yang akan jadi mangsa.
BalasPadamNgeri pulak rasanya bila basa entry ni. Nasib baiklah tak pernah lagi terjadi pada diri sendiri. Sekarang macam2 orang buat untuk nak menipu. Ada sahaja idea diorang ni kan.
BalasPadammacam macam cara nk scam mangsa skng ni. Dah tak takut undand2 diorg ni semua. Kita semua kn sntiasa berhati hati setiap masa
BalasPadamKak ana baru tau tentang scammer melalui kurier service ni. Macam2 taktik ye dorang ni. Jahat sungguh. Nak kena inform lah family kak ana sebab dorang selalu je jadi wakil. Kang main sign je. Thanks for the info.
BalasPadamAah dulu2 famous betul kes scammer courier ni. tapi emi sendiri tak pernah kena pun. kakak emi pernah kena. memang perlu sentiasa berjaga2 la
BalasPadamBetul tue.. Ke kadang AM memang check dulu siapa pengirim.. Adakah AM perlu atau tidak terima.. Macam2 taktik scammer nie.. Dok umah pun belum tentu selamat..
BalasPadampergh dasyt sacmme rni..dahla kita sellau terim barang..memang sekarang kena berhati-hati..banyakla scammer sekarng ni suka amik kesempatan..siap dengan kurier servis lagi..haishh..takutnyala
BalasPadamyessss i think that's one of the reason why i rarely online shopping, cause the product came could be different from what we see, but thankfully not as worse as a scam.
BalasPadamHow to deal with markets ups and downs?
Perkongsian yang amat bermanfaat. Makna kita kena hati2 dalam apa sahaja yang kita buat..jika kita dah berhati2 tapi masih lagi terkena, itu adalah takdir kita
BalasPadambetul diah.. loni macam2 scammer alahaiii kena berhati2 ni
BalasPadam