Tahniah Elfira Loy, Selamat Pengantin Baru | Alhamdulillah. Hi korang. Diah masih lagi kagum dengan gambar-gambar perkahwinan Elfira Loy bersama pasangan dia, alahai semua cantik-cantik. Rasanya belum terlewat nak ucapkan tahniah kepada Elfira Loy dan Farisk Anuar. "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair." Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.
Selamat pengantin baru dan semoga kebahagiaan, rahmat perkahwinan sentiasa ada dengan mereka. Khabarnya akan ada lima majlis resepsi untuk perkahwinan mereka. Seronoknya, baju-baju yang dipakai El untuk majlis dia pun cantik. Rekaan Rizman Ruzaini memang ada kelas la kan. Mesti mahal.
Dah tengok Instagram Rizman Ruzaini? Alahai cair weh tengok baju Elfira. Nanges la camni. Nah serbu je Instagram dia tapi jangan jelous sorang-sorang. Meh jelous sama-sama. wakakkaka apesal cantik sangat tah.
Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka Alikuma |
Diah suka tengok Elfira ni sebab dia cantik, perempuan mana tak suka benda cantik kan? Lagi satu dia ni jenis berkening tebal so rasa macam geng sangat. Hahahaha bukan mudah perempuan berkening tebal nak survive masa zaman muda-muda ok, asyik la kena ‘bahan’ disebabkan kening.
Tapi si El ni tahan kutukan so sedikit kagum di situ. Saiz dia pun kecik je. Jadi dia gunakan kekurangan dia jadi kelebihan dia dalam industry seni. Faham? Walaupun dia banyak je kena kecam sebab kes tunang tapi dia semakin laku. Dia pandai bergaya dan company yang engage dia tahu siapa target market customer mereka. Sebab tu Elfira Loy laku keras. Itu pendapat Diah la.
Putus Tunang Dan Move On
Walaupun sebelum ni kecoh kes dia putus tunang, well dah tiada jodoh kan tapi big respect dia move on dengan cepat. Elfira apa yang tonjolkan dekat public melalui Instagram dia langsung tak nampak dia melatah bila peminat duk kutuk-kutuk dan buat banyak andaian. Hello ni bukan back up ya ni pemerhatian sahaja. Sesiapa sahaja boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.
Ramai juga yang kecam mak ayah dia. Dia boleh sabar. Marah-marah sikit tu adatlah tapi dia tak buat dan response kepada benda bodoh. Anak yang baik adalah anak yang pandai menjaga hati mak ayah mereka. tu semakin salute dekat dia. Mak dia faham anak dia macamana sebab tu El ikut cakap mak ayah tu. Baguslah.
Cantik la dia. Suka warna ni. |
Doa Buat Pengantin
Buat Elfira dan suami, selamat menempuh alam rumahtangga dengan jayanya. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Bukan mudah nak menggalas tanggungjawab seorang isteri dan bukan susah kita nak gembira melalui perkahwinan.
“Ya Allah, satukanlah hati mereka”
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.”
ade tengok video diaorang. agak sweet. tapi macam nak betul apa yang orang andaikan selama ini. cuma, walaupun betul, siapa kita nak lawan Allah. Jodoh rhsia Allah. Takkan terijabkabul tanpa keizinan daripada Allah.
BalasPadamHi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks
BalasPadamselamat pengantin baru elfira loy
BalasPadamcantik saaangat dia !!! sukalah dia dah kawin =D
BalasPadammemang lawa hihihi.. semoga jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat
BalasPadam