Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019
Sebelum tarikh 1 September 2019
berlalu pergi kita tinggalkan satu jejak sebagai kenangan dan juga pembakar
semangat untuk meneruskan karya sebagai penulis blog. Setahun berlalu penuh
suka duka dan semoga kedatangan tahun dengan angka yang baru membawa perubahan
diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Aamiin.
Tahun 2018 tahun menerima cahaya
mata dan juga tahun kehilangan kerjaya tetapi tahun 2019 di doakan keadaan
lebih baik dari segala sudut. Walaupun sedikit sedih dengan dugaan dalam
kerjaya tapi Diah percaya setiap yang Allah aturkan tak pernah salah. Cuma nak
kuatkan diri dan terus jalan ke depan tu ambil masa.
Kenangan Tahun 2018
Rasanya tahun 2018 adalah tahun
pembelajaran dan cari kawan. Antara tahun-tahun yang berpeluang kenal kawan
baru. Kawan blogger. Berkesempatan turun padang untuk hadiri event dan tengok
dunia luar. Memang lain. Turun sebagai seorang blogger.
Tahun lepas juga kami
dianugerahkan cahaya mata. Alhamdulillah dia lahir di kala diri memang
memerlukan kekuatan dan juga waktu rehat. Diah selindungkan kedukaan dan
fokuskan membesarkan dia. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Tahun sudah juga tahun untuk
memerhati, belajar dan cuba rasa. Maka tahun seterusnya kena berani maju
melangkah setapak kehadapan. Tak mahu terus-terusan buat kesalahan dan duduk
dalam kelompok yang selesa. In sha Allah.
Selamat Datang 2019
Untuk 2019 dah letak azam dan nak
ajar diri supaya lebih berdisiplin capai apa yang di targetkan. Dari segi
penulisan semoga segala perkongsian akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja
yang memerlukan. Rasanya nak kekalkan rentak berkongsi benda yang baik kepada
semua. Moga Allah beri keizinan.
Tak lupa untuk semua kawan-kawan
blogger, silent reader, pembaca yang suka lontarkan komen, yang tegur di alam
nyata, terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda semua. Semoga ukhwah kita
akan berkekalan dan menjadi asbab nama Diah dipanggil untuk ke syurga. Mahal sungguh
pengajaran dan kenangan Diah dapat dengan menjadi seorang blogger.
Akhir kalam, semoga kita semua
dipermudahkan segala urusan, tercapai segala cita-cita, tak mudah putus asa dan
berjaya dunia akhirat. Salam sayang dari www.rodiahamir.com.
3 Ulasan
Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga tercapai segala hajat :) keep strongg
BalasPadamselamat tahun baru Diah. Semoga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya,
BalasPadamselamat tahun baru diah.. tak terlewat lagi nak ucap.. semoga dipermudahkan urusan diah untuk tahun 2019 ya
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.