Hai korang dah lama Diah tak kongsi resepi dekat blog ni.
Jadi sebagai pembuka tirai tahun 2019 semestinya Diah nak kongsikan kek yang tak pernah jemu dimakan dan memang teramat mudah kalau korang nak cuba buat.
Tak perlukan teknik dan kemahiran membakar yang tinggi pun boleh buat. Resepi confirm jadi la kiranya.
Kek butter ni selain sedap dimakan sebagai menu minum petang, boleh juga dibuat sebagai hidangan masa Hari Raya ataupun sebagai menu yang dibawa masa jamuan kelas anak-anak. Senang hidup.
Resepi Kek Butter Pandan
Apa yang perlu adalah bahan-bahan untuk buat kek dan oven. Tahun 2019 nak menabung untuk beli oven yang bersaiz besar. Tahun ni juga berazam nak belajar buat roti. Doakan Diah ya.
Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan ni ramai ambil untuk berniaga.
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek butter Pandan. Semua bahan kebanyakkanya memang ada di dapur dan murah.
Kalau kat rumah Diah, kek ni boleh bertahan selama dua ke tiga hari. Satu adunan resepi kek butter ni boleh dapat dua biji kek butter size standard yang ada dekat kedai tu. Boleh bayangkan tak?
Nak buat kek Pisang boleh guna Resepi Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah
Bahan-Bahan Kek Butter Pandan
Diah lupa ukuran Loyang yang digunakan. Sorry ok. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
1 ketul butter 250gram jenama kegemaran korang (Diah guna Buttercup)
1 cawan gula
4 biji telur size B
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung kek
Perisa Pandan
Pewarna hijau
Cara-cara untuk membuat kek butter perisa pandan ialah:
Pukul butter dengan 1 cawan gula. Pastikan butter dalam keadaan bersuhu bilik supaya mudah dipukul dan tak mengganggu tekstur kek. Pukul sehingga gebu.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang.
Kemudian masukkan susu pekat manis, sedikit perisa pandan dan pewarna hijau dan pukul lagi.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.
Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar kek pada suhu 160c api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.
Kek ni akan kembang jadi masukkan adunan separuh dari Loyang sahaja. Loyang tu boleh letak kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti.
Kalau tengok rancangan masak dekat Astro, kek butter ni juga jadi asas kepada kek-kek yang nampak mewah dalam tv tu.
Boleh lapiskan dengan fresh cream, boleh letak icing dan deco kek jadi kek mewah juga. Ikut kreativiti. Kek butter selalu jadi penyelamat Diah bila tak tahu nak jamu apa dekat tetamu. Jadi selamat mencuba.
gebunya kek dia..:)
BalasPadamperghhhh. sedap :)
BalasPadamsimpan sat resepi ni. kalau rajin nak buat gak. kehkeh
BalasPadamSAYA PUN LAMA TAK BUAT KEK...
BalasPadam#JMBELOG
Nampak sedap tu.. Nice sharing 😍
BalasPadam