Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Cendol antara menu dessert yang paling digemari oleh orang Malaysia terutama ketika cuaca panas. Masa kecik-kecik dulu selalu makan dekat gerai di kampung. 

Dah duduk di Kuala Lumpur memang rindu saat-saat macam tu. Tapi baru-baru ni keinginan nak makan cendol sedap akhirnya tertunai juga. Kami sempat mencuba cendol durian di Café Cacamerba Wangsa Maju.

Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Café Cacamerba ni terletak di Jalan Wangsa Metro, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Café mula dibuka pada pukul 7 pagi dan menjual menu sarapan pagi di ikuti menu tengahari dan disambung dengan masakan panas pada sebelah petang.


CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU TELAGA KAYU


Makan Cendol Durian Sedap

Kebetulan hari tu, kami dah makan sarapan pagi yang agak berat jadi kami mencuba cendol durian sahaja. 

Memang tepat pilihan kami bila kami dihidangkan dengan cendol di dalam mangkuk yang agak besar. Satu mangkuk cukup untuk dikongsi dua orang, tapi kalau kuat makan makan sila order sorang satu. Lol.

Paling Diah suka cendol yang mereka hidangkan tidak menggunakan santan kelapa yang biasa tu tapi mereka menggantikan dengan santan kelapa sawit tau. 

Untuk mereka yang belum pernah mencuba rasa santan kelapa sawit, korang jangan takut sebab rasa santan kelapa sawit lebih ‘ringan’ tapi masih lagi terasa lemak. Rasa dia seakan-akan rasa susu cair. Pasti korang suka punya.

Memang teruja bila cendol yang menggunung tinggi dengan kekacang, jagung, dan durian dihidangkan depan mata. Kesedapan durian tak perlu dicerita la kan. 

Memang terbaik gandingan cendol dan durian. Puas hati sangat dengan harga yang dibayar. Korang kena pergi sebab sekarang tengah ada promosi Cendol Durian King. 

Paling utama, kedai ni bersih, selesa dan kami boleh makan dengan tenang sebab anak-anak selesa.
Tempat favourite kami makan Cendol Durian semestinya di Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point.

Serius padu!


makan cendol sedap CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU


Selain cendol korang boleh cuba menu Char Kuey Teow mereka yang popular iaitu Char Kuey Teow Ketam Nipah dan Char Kuey Teow Udang Galah. 

Menu Char Kuey Teow mula dijual pada pukul 4 petang ya. In sha Allah kalau ada kesempatan kami nak cuba menu ni pula.

Untuk korang yang nak cuba cendol durian baik punya boleh la datang ke Café Cacamerba seperti alamat di bawah. Mereka juga aktif di laman Facebook, jadi apa-apa pertanyaan boleh terus tanya di sana ok.




Café Cacamerba

No15-G, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-6731 8421




Ulasan

  1. sempat tak nak bawak aku pegi sini?

    BalasPadam
  2. lama dah cikma tak makan cendol nih...terasa sejuk-sejuk pulak tekak ni haaa...

    BalasPadam
  3. ni fevret mak ni.. dia snggup bayar mahai untuk cendol durian.. ehehe..
    nama kedai pun unik. Cacamerba ahaha..

    BalasPadam
  4. Meriahnya cendol tu. Terliur pulak tengok 😍😍

    BalasPadam
  5. ni yg kat area DIY tu ye.. tak pernah singgah tapi nmpk sedap.

    BalasPadam
  6. Sodapnya tengok cendol lahai..tak jauh pun rumah dengan kedai cuma husband tanak teman pi makan, diet katanya...hurm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.