Sayu je hati bila dapat tahu tentang berita perletakkan jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V baru-baru ni. Antara Yang di-Pertuan Agong kesukaan Diah.
Dah berusia baru semangat sayangkan raja dan negara ni menebal sedikit dalam hati. Baru semangat patriotik tu mula bercambah dalam diri. Begitu ya.
Setakat ni tiada lagi sebab musabab tentang pengunduran yang dikongsi dengan rakyat ataupun Diah terlepas bahagian tu cuma memang Agong baru je kembali bertugas lepas bercuti kerana sakit dan sedang mendapatkan rawatan.
Perletakkan Jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15
Adakah punca utama Agong mengundurkan diri sebab dia rasa dia tak dapat fokus dalam melaksanakan tanggungjawab Tuanku?
Kan tak adil dia pegang takhta tapi tak jalankan tugas. Respek sangat part ni. Apa sahaja khabar buruk tentang Agong memang payah Diah nak percaya, selagi belum terbukti. Biarlah itu menjadi urusan Agong dengan Tuhan.
Kan tak adil dia pegang takhta tapi tak jalankan tugas. Respek sangat part ni. Apa sahaja khabar buruk tentang Agong memang payah Diah nak percaya, selagi belum terbukti. Biarlah itu menjadi urusan Agong dengan Tuhan.
Tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong bukan mudah. Menjadi ketua negara, ibarat memimpin sebuah bahtera. Bengkok nakhodanya makan compang campinglah perjalanan kapal. Terima kasih Tuanku sudi memimpin Malaysia.
Terima kasih atas segala jasa. Ramai yang mudah menjatuhkan hukuman bila khabar angin tersebar, fikirkanlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Entah bila kita dapat bersua muka dengan Tuanku dan meminta maaf.
Ingat! Hanya manusia dapat memberi maaf kepada manusia lain. Teruk kita nak merangkak cari Tuanku di akhirat kelak.
Kronologi Sultan Muhammad V Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15
Diah kongsikan artikel yang Diah jumpa di Berita Harian mengenai Kronologi Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15:
14 Oktober 2016:
Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
13 Disember 2016:
Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
31 Januari 2017:
Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.
24 April 2017:
Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara.
24 April 2017:
Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.
3 November 2017:
Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara.
10 Mei 2018:
Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.
16 Mei 2018:
Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta. Anwar kini presiden parti itu.
18 Mei 2018:
Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan baharu.
2 November 2018:
Sultan Muhammad V bercuti sehingga 31 Disember 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
4 Januari 2019:
Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.
6 Januari 2019:
Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa hari ini. –
Padah Hina Agong
Memang hak bersuara menjadi hak semua, sesiapa shaja bebas berkata-kata tapi harus diingat dalam melontarkan komen terhadap seseorang, elakkan kata-kata dan tulisan provokasi, mengahsut, dan menghina kerana terdapat akta yang boleh menyebabkan seseoarng itu didakwa.
Mengikut Syeksyenn 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut syeksyen 233(3) akta yang sama membawa hukuman denda sehingga Rm50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak update status Facebook, kena screenshot la jawabnya"
this is too much |
Ini adalah contoh yang memang boleh pecah belahkan rakyat dan menggugat keharmonian negara. Ada otak tapi tak digunakan sepenuhnya.
Jika tak bersetuju sekalipun lebih baik diam dari mengeluarkan kata-kata yang yang kesat. Terlupa agaknya rukun negara kita, dah teruk dikecam baru la nak minta maaf.
Rukun Negara Malaysia
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
Konklusi
Bagi pendapat Diah, semangat sayangkan pemimpin dan negara memang perlu sangat di asuh dalam diri kita. Hormati yang tua sayangi yang muda. Terapkan semula lima rukun negara, sedar diri dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.
Kita patut bersyukur, pemimpin masih ‘berlembut’ dalam sesetengah perkara. Ya walaupun masih banyak kekurangan tapi kena fahami juga, tugas dan tanggungjawab bukan mudah macam kita selalu sangka. Apa pun pendapat kita tak semestinya sama kan? Tepuk dada tanya selera.
mek berpendapat, mungkin dia rasa dia menjadi ketua negara, memikul banyak tanggungjawab. dia pula seolah tidak diberi beberapa kuasa untuk ubah struktur negara. seolah-olah apa yang dicadangkan, kena luluskan. Jadi, daripada gitu, baik balik memerintah negeri je. orang kuat agama kan takot nk pikul tanggungjawab. sebab nanti di akhirat banyak perhitungan.
BalasPadamTerkejut gak bila dia letak jawatan.. Bila cerita khbar angin cik ash tak percaya pun.. Harap DMsultan faris kembali sihat dan jaga ngeri kelantan dengan aman..
BalasPadamTerkejut juga dengar berita ni. Pertama dalam sejarah Malaysia :)
BalasPadamkena lah ikut kedaulatan raja dan sultan negara.. apapun mama tak setuju kalau xpuas hati apa2 dgn agong cpayahlah nyatakan di media sosial
BalasPadamterkejut sangat bila baca pasal agong dah letak jawatan ni...
BalasPadamPasti ada sebab yang kukuh atas perletak jawatan itu.. Betul tu bukan mudah jadi pemimpin paling besar, kita tak tahu berat tanggungjawab sebagai YDP Agong
BalasPadam