7 Kawasan Larangan Merokok Di Restoran & Premis Makanan

Bermula 1 Januari 2019, larangan merokok di kawasan restoran dan juga premis makanan telah pun dikuatkuasakan beserta denda yang bakal perokok hadapi sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

Semalam masa bersarapan pagi di kedai makan masih ada lagi perokok yang degil dan gagal patuhi larangan walaupun dah ada tanda larangan merokok. 

7 Kawasan Larangan Merokok Di Restoran  Premis Makanan 

Dengan muka selamba hisap tanpa rasa bersalah. Cuma yang menjadi beza dia tidak merokok di kerusi dia makan tapi dia hanya pergi ke meja terakhir dalam kawasan kedai makan. 

Asap rokok masih lagi boleh dihidu oleh pelanggan lain. Kesan-Kesan Pembakaran Rokok Anda Perlu Tahu. 


Hukum Merokok 

Kalau arahan macam ni pun perokok tak boleh nak patuhi, bayangkan generasi yang lahir dan bakal jadi pemimpin masa depan. Gelap dan suram rasanya. 

Mereka seperti biasa mereka masih merokok dalam kawasan restoran tanpa rasa bersalah. Diah bukan benci perokok, tapi Diah benci akan perbuatan merokok merbahayakan orang tu. 

Tak bermaksud perokok-perokok ni belum dapat penyakit serius dan nampak sihat, semuanya ok. Alasan paling kuat perokok bagi, hisap rokok pun hidup sampai 70/80 tahun. 

Eh kenot brain la alasan macam tu. Dalam keluarga sendiri pun ada perokok dan bila ditegur dah boleh tahu kan jawapan dia apa. 

Tahu kan, perokok atau second smoker berisiko untuk  mendapat Kanser Paru-Paru. Boleh buat Diagnosis Kanser Paru-Paru Percuma Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (Ai) yang ditawarkan oleh Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group . 

Terkesan bila baca penerangan hukum merokok oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adakah mereka yang merokok tidak peduli? Atau pentingkan diri? 


Firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…” (Surah al-A’raf 7:157)

Kalau ikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, tempoh percubaan awal selama 6 bulan ni para perokok yang melanggar undang-undang kawasan larangan merokok di restoran dan premis makanan akan diberikan notis peringatan. 

Tempoh pendidikan katanya. Tak tahulah macamana keadaan nak ‘melentur buluh’ tu, takut terpatah dua je. Kalau di peringkat ‘melentur rebung’ masih ada peluang nak berjaya.  

Hati-hati wahai perokok, jika dalam diam ada orang membuat aduan dan menghantar gambar serta bukti perokok merokok di kawasan larangan merokok korang boleh dikenakan hukuman. 

Silap haribulan restoran juga bakal di kenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat. 

Kawasaan Larangan Merokok Di Restoran & Premis Makanan
Kawasaan Larangan Merokok Di Restoran & Premis Makanan - KKM

SEMUA ADUAN BOLEH DIHANTAR KE TALIAN HOTLINE
010 8608949 (Whatsapp SAHAJA)
03 88924530 (Panggilan semasa waktu pejabat SAHAJA)

Hukuman Bagi Perokok

Hukuman bagi perokok jika gagal mematuhi larangan yang ditetapkan ialah; 

Individu – denda maksimum sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun

Pemilik premis makanan – denda maksimum sebanyak RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan kerana tidak mempamer tanda larangan merokok 

Pemilik premis makanan – denda maksimum sebanyak RM5000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok. 

Berat juga tanggungjawab pemilik premis makanan kalau macam tu. Merokok bukan je bahayakan kesihatan diri dan orang di sekeliling je tapi sikap tu dah menyusahkan orang lain juga. 

Kawasan Larangan Merokok oleh KKM


Kesimpulannya, 

Jauhi lah rokok. Walaupun menghisap tembakau/rokok itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun wujud pelbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga terhadap orang lain yang tidak merokok.

Semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah terhadap apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Amin.

Ulasan

  1. btol weih. mencari padah dan memberi padah kepada mereka yang lain. pekara sia sia. berdosa. gituuu

    BalasPadam
  2. Baguslah dh boleh buat aduan kan. Moga perokok patuhi semua kawasan larangan merokok.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.