Kali ni Diah nak berkongsi tempat makan Char Kuetiau sedap yang terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran King’s CKT.
Diah tahu tentang restoran ni selepas diperkenalkan oleh suami rakan blogger mrspuex semasa percutian kami dia Ancasa Residence Port Dickson tahun lepas.
Kami makan malam dan juga menyambut hari lahir ulang tahun kelahiran blogger yang semakin meningkat namanya Atie yang hensem. Walaupun kek birthday girl beli sendiri. Lol.
Char Kuetiau Sedap Di King’s CKT Jalan Pantai Port Dickson
Restoran King’s CKT Port Dickson ni terletak di Jalan Pantai dan lokasi dia tak berada jauh pun dari bulatan Port Dickson. Boleh Waze dan lokasi restoran memang senang nak jumpa, sebab ianya di tepi jalan je.
Kawasan parking ada disediakan. Memang setiap malam dikhabarkan restoran ni sentiasa penuh dengan pengunjung.
King's Char Kuey Teow
402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi adalah setiap hari Selasa - Ahad (4.00pm - 2.00 am)
Pelbagai Menu Char Kuetiau
Restoran ni popular kerana menawarkan pelbagai menu char Kuetiau antaranya char kuetiau sotong, daging lembu, kambing dan ayam panggang.Selain char kuetiau menu lain pun gempak seperti nasi goreng King’s Pillaf (Nasi goreng, Sosej, coleslaw, sos BBQ, ayam goreng tepung, kentang hiris) nasi goreng udang, pelbagai makanan Western dan banyak lagi menu yang sedap-sedap.
Malam tu Diah lapar jadi nak cuba Nasi Goreng King’s Pillaf dan tak menyesal sebab nasi dia cukup rasa. Anak dan suami makan char kuetiau pun kata sedap dan portion dia banyak.
Kalau tak nak makan yang berat-berat ada gerai burger dan sata dekat situ. Pendek kata restoran ni sesuai kalau nak makan dan habiskan masa berborak dengan kawan-kawan.
Dekat sini juga meriah dengan persembahan Live Band. Happening la.
Masa kami makan dekat sini undang-undang merokok di premis makanan masih belum dilaksanakan tapi syukur sangat asap rokok tak mengganggu makan malam kami masa tu.
Antara faktor penting bila ke kedai makan memang nak cari tempat bebas asap rokok sebab bawa anak kecil. Siapa tak sayang diri sendiri kan?
Selain makanan yang sedap dan pelbagai jenis, servis dekat sini pun laju. Ambil order dan hantar makanan tak lama sangat nak kena tunggu walaupun ramai pelanggan.
Boleh nampak Chef dia memasak dekat open kitchen dia. Ada enam tukang masak itu yang kita nampak, yang belakang tabir tak tahu lah.
Untuk mereka yang bercuti di Port Dickson boleh la jadikan Restoran King’s CKT Port Dickson antara salah satu kedai makan perlu singgah. In sha Allah puas hati.
Kenapa Diah suka Restoran King’s CKT Port Dickson ni sebab pemilik restoran ni suka betul bersedekah.
Paling terbaru dia telah memberi char kuetiau percuma kepada lebih empat ribu pelanggan yang berharga RM7.50 (Seafood) setiap satu, bersempena Hari Keputeraan ke-71 Tuanku Muhriz Tunku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Paling terbaru dia telah memberi char kuetiau percuma kepada lebih empat ribu pelanggan yang berharga RM7.50 (Seafood) setiap satu, bersempena Hari Keputeraan ke-71 Tuanku Muhriz Tunku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Tahun lepas restoran ni menawarkan teh tarik berharga 10 sen dan mendapat sambutan menggalakkan.
Nampak kan kebaikkan bersedekah? Makin banyak sedekah makin banyak rezeki dia dapat. Makin banyak dia buat baik, semakin banyak kebaikkan dia dapat. Semoga makin ramailah orang dekat dunia ni faham kepentingan bersedekah.
Tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah dan sedekah bukan untuk mereka yang kaya sahaja. Bersedekah juga banyak cara, pilih je mana satu kita mampu.
Memang sedap char kuey teow dia :)
BalasPadamagak agak kalau kami datang, sempat tak bawak aku p sini?
BalasPadamRamai orang tu gerenti sedap. Kalau singgah PD boleh cuba nanti
BalasPadam