4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah
Antara rutin harian bila dah jadi
seorang ibu adalah nak siapkan bekal anak ke sekolah. Untuk pastikan anak dapat
makanan yang terjamin kebersihan dan juga khasiat yang diperlukan memang perlu
bangun awal pagi untuk memasak. Kadang-kadang kalau keadaan tak mengizinkan
atau tidak sihat baru lah Diah benarkan anak untuk beli di kantin sekolah.
Kebiasaan Diah akan bangun pada
pukul 6 pagi dan mula memasak. Segala persiapan akan disiapkan dahulu pada
malam sebelumnya sebab pergerakkan pada awal pagi amatlah perlahan. Kalah siput.
Jadi bila bahan-bahan semuanya dah di potong dan dibasuh, hanya tinggal perlu memasak
sahaja.
4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan
Diah kongsikan 4 cara mudah nak siapkan bekal anak untuk dibawa ke sekolah. Oleh sebab Diah ada anak kecil jadi tugas memasak lebih mencabar. Bila praktik kan cara yang Diah kongsikan ini ianya amat membantu. Alhamdulillah sebulan persekolahan, perjalanan siapkan bekal berjalan lancar walau ada hari anak terpaksa beli di kantin. Maaf ye anak. Jom semak empat cara mudah nak siapkan bekal anak ke sekolah.
#1 Pilih Menu Untuk Satu Minggu
Diah memang galakkan untuk
ibu-ibu menetapkan menu bekal untuk satu minggu. Senang kerja. Jadi bila dah
ada menu, boleh lah ibu shopping bahan-bahan untuk memasak. Bukan sahaja
mudahkan proses memasak malah dapat berjimat dan elak beli yang berlebihan. Kalau
kehabisan idea Diah selalu tanya anak apa yang dia suka makan. Contoh jadual
yang biasa Diah sediakan dan tukar bila bosan.
#2 Pilih Menu Yang Mudah Dimasak
Tak perlu bekalkan anak dengan
menu yang terlalu sukar untuk dimasak. Sebaiknya pilih menu yang mudah dan
menarik minat dan selera anak-anak untuk makan. Pastikan juga menu yang
dibekalkan dapat buat anak kenyang dan bertahan sehingga waktu makan
seterusnya. Biasanya anak-anak suka kalau makanan mereka berwarna warni jadi
cuba masukkan warna-warna dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan dalam
bekal mereka.
#3 Sediakan Bahan-Bahan Lebih Awal
Untuk mudahkan urusan memasak,
Diah akan pastikan segala bahan tumis macam bawang, dan rencah dah siap dikupas
dan dibersihkan. Lagi bagus kalau memang ada pes yang dah siap di blend tu. Sayur
juga kena basuh dan dipotong awal. Kerja-kerja persiapan tu memang agak leceh
dan memakan masa. Silap haribulan boleh buat kita hilang semangat nak memasak.
#4 Beli Bekas Bekal Yang Cantik
Cari bekas yang cantik dan mempunyai
penutup kedap udara untuk elak makanan dari tumpah. Diah akan cari bekas bekal
yang ada portion supaya lebih senang nak asingkan makanan. Tengok konsep “Bento”
yang selalu di hidangkan di restoran makanan Jepun, menarik kan? Jadi kita tiru
dan improvise sahaja. Jangan lupa sertakan sekali sudu dan garpu. Tips: beli
banyak bekas sebab ada kemungkinan anak-anak akan tertinggal atau hilangkan
bekas. Menangis mak di bucu meja bila ada Tupperware yang hilang. lol.
Contoh Bento Box Cantik * google image |
Diah percaya setiap ibu bapa akan
cuba buat yang terbaik untuk anak-anak mereka. Paling utama pastikan anak dapat
khasiat secukupnya melalui pemakanan. Nak masak di rumah atau beli sahaja di
kantin sekolah tidak menjadi masalah, asalkan anak-anak makan. Baru bertenaga
nak tumpukan perhatian di sekolah.
Harus bersyukur juga bila
anak-anak tidak memilih makanan dan tak menolak jika disuruh bawa bekal. Untuk ibu
yang mempunyai anak Picky Eater atau ada alahan lagi lah mencabar kan? Jangan
putus asa. Teruskan perjuangan dan kongsi la apa menu korang selalu bekalkan
anak bila ke sekolah.
Note: Selalu ingatkan anak supaya
makan dan jangan terlalu pemurah beri bekal makanan pada kawan-kawan sampai dia
sendiri tak makan. Kawan-kawan lebih teruja dengan bekal Ikhwan. Hahaha.
good sharing diah..:)
BalasPadamtabik kepada ibu2 yang bangun awal pagi sediakan makanan.. =D
BalasPadamTq share tips nie diah..
BalasPadamPilih menu tu mesti part mencabar kan.. Pening duk mikir menu yang sesuai untuk anak anak. Senang sedap cepat
BalasPadamcik ash xde anak bangun pagi pukul 6 gak buat sarapan dan bekal dekat suami hihihi
BalasPadamweih bagusnya. ak belum sampai seru lagi ni nk buat bekal. tapi ak rase macam nk save je gmbor menu tu. nk try buat bekal diri sndiri dlu.
BalasPadamnice sharing. boleh cedok idea bento.. hehehe
BalasPadamSaya dah plan nak beli bento set untuk Auni tahun depan. Semoga mak rajin..haip!
BalasPadam