Bercuti ke Windmill PD Farm

Kalau dah sampai ke Port Dickson Negeri Sembilan memang rugi sangat kalau tak jejak kan kaki ke Windmill PD Farm yang terletak betul-betul di tepi jalan ni. 

Dari luar boleh nampak replika kincir angin yang besar tu. Kisahnya kami jejakkan kaki ke sini lepas berfikir panjang samaada mahu ke Upside Down Port Dickson (Rumah Terbalik Port Dickson) atau ke Windmill PD Farm.

Bercuti ke Windmill PD Farm 

Lepas tengok review di internet dan memandangkan ada anak kecil lebih sesuai kalau buat aktiviti di Windmill PD Farm. 

Kalau di Rumah Terbalik Port Dickson aktiviti hanya terhad untuk selfie sahaja. Mungkin nanti anak dah besar sedikit boleh la ke sana pula. 

Lokasi Windmill PD Farm ni memang tak jauh pun dari tempat kami menginap hari tu di Ancasa Residences Port Dickson. Jadi sebelum balik KL kita bawa anak-anak bergembira dahulu. 

Lepas selesai je urusan check out di Ancasa Residence kami terus kesana dan Alhamdulillah cuaca amat baik pada hari tu. 


Tarikan Windmill PD Farm
Windmill PD Farm


Tarikan di Windmill PD Farm Untuk Pengunjung


Anda akan disambut dengan replika kincir angin besar, kereta dan juga binatang di hadapan pintu masuk. Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga. 

Dekat sana ada binatang, rumah antik, rumah hantu, dan juga Funny House. Rumah hantu baru sahaja dibuka kepada orang ramai dan kami tak masuk pun sebab Ikhwan awal-awal lagi dah tunjuk muka cuak. 

Menurut petugas, rumah hantu tu tak seram pun yang ada pun patung-patung yang kelakar seram je. 


Petting Zoo

Kedatangan anda akan disambut dengan kandang Guinea Pig. Korang boleh masuk ke dalam kandang dan pegang sendiri itu pun kalau berjaya tangkap sebab Guinea Pig ni lari boleh tahan laju. 

Ada petugas dekat situ yang akan melayan anda dan terangkan tentang si Guinea Pig tu. Hari tu Diah tak dengar pun sebab sibuk kejar binatang ni. Comel sangat. 

Selangor ada - Petting Zoo Farm In The City Pahang pula ada Petting Zoo Rabbitland




Selain Guinea Pig, ada kandang lain seperti pelbagai jenis burung Nuri dan spesis lain. Kemudian ada sangkar ayam, angsa, burung Merak. 

Pendek kata yang seangkatan dengan burung yang tak boleh terbang dan bertelur macam ayam serama dan itik. 

Dekat Windmill PD Farm ni juga korang boleh tengok burung kasuari dengan lebih dekat. Ada juga arnab, kucing, kuda dan juga kambing.


Windmill PD Farm

 
Rumah Antik 

Dah penat tengok binatang korang boleh mula selfie dekat rumah antik. Cantiknya dalam rumah ni ada perabut dan juga kelengkapan orang zaman dahulu. 

Dalam ni juga ada kerusi merah bersaiz gergasi. Di sekitar rumah antik ada alatan seperti penyapu dan senduk bersaiz gergasi. Dekat rumah ni ada menjual minuman untuk menghilangkan dahaga. 


Tempat untuk Selfie di Funny House

Sebelum melangkah keluar dari Windmill PD Farm, satu lagi tarikan untuk mereka yang suka bergambar adalah Funny House. 

Ada banyak replika seperti alatan elektrik,buaian, kereta kuda (labu), dan banyak lagi yang bersaiz gergasi yang menarik sangat kalau korang suka bergambar. 


Funny House Windmill PD Farm

Apa pendapat Diah? 

Windmill PD Farm sesuai untuk mereka yang ada anak kecil terutama yang suka kan binatang dan suka bergambar. 

Kawasan dia tak terlalu luas dan berbaloi untuk dilawati tapi jangan bandingkan dengan tempat lain seperti Zoo. 

Windmill PD Farm lebih sederhana baik dari segi kemudahan dan juga tarikan dekat sana. 

Keperluan asas seperti tandas dan kedai disediakan cukup untuk hilangkan dahaga. Surau dan kemudahan lain diah tak perasan pula. 

Kalau nak kesini korang boleh waze je ikut alamat dibawah. Tiket untuk dewasa berharga RM20 dan kanak-kanak berharga RM15. Boleh ikuti perkembangan Windmill PD Farm di laman sosial mereka seperti dibawah: 

Windmill PD Farm
Lot 3636 Batu, 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Dah alang-alang sampai PD boleh lajak terus ke Melaka makan asam pedas lepas tu boleh bawa anak tengok Dinasour. 

Ulasan

  1. Selalu ke PD pandang je dr dlm kete. Lebihnya nak ke pantai. Hihi. Tp bila baca entri ni nampak menarik juga Windmill ni. Mungkin nt boleh pergi. Hehe.

    BalasPadam
  2. dah lama tak jalan PD. macam-macam tempat menarik kan, sesuai sangat kalau nak bawa anak-anak.

    BalasPadam
  3. tak pernah sampai PD lagi macam best jah tempat tu macam2 haiwan ada gerammm dekat kucing n arnab tu hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.