Welcome Disember Please Be Nice To Me

Welcome Disember Please Be Nice To Me

Assalamualaikum. Hai Disember dah kan? pejam celik pejam celik setahun dah nak berlalu. Macam baru sangat je bersalin January lepas. Perlu ke buat entri throwback sepanjang tahun 2018 eh? Macam kena buat je ni sebab tahun 2018 tahun bermakna buat diri sendiri tapi busy kemahin.  

Tahun ni tahun yang banyak di uji dari segi kerjaya dan juga konflik dalam diri. Alhamdulillah berjaya juga tempuh dan masih lagi mencari jalan terbaik nak kenal diri. Niat sebelum tahun 2018 labuhkan diri nak penuhkan diri dengan ilmu. Jadi dapat sambut 2019 dengan lapang dada dan semoga ada la rezeki dipanjangkan umur terus berbakti pada keluarga.



Walaupun dah 9 hari di bulan Disember berlalu, tapi  nak juga update entri ni. Gigih kan. Rasanya dah sampai ke penghujung tahun aktiviti kami sekeluarga semakin hari semakin sibuk. Persiapan sekolah anak-anak belum mula lagi. Setiap minggu ada je urusan dan tahun ni banyak kematian berlaku kepada keluarga kami. Kehilangan Pakcik sebelah Diah, dan kehilangan Nenek di usia 93 tahun di sebelah suami.

In sha Allah walaupun sukar kehidupan akan diteruskan bagi kita yang masih diberi pinjaman hidup. 2019 tahun untuk bina "circle" baru, kawan baru, persekitaran baru dan semangat baru. Anak-anak juga semakin membesar. Rasanya lebih mudah untuk setiap perancangan.

Diah doakan semua kawan-kawan dan pembaca yang sering singgah ke blog ni dipermudahkan urusan. Tercapai cita-cita. Semoga sepanjang Disember ni dipenuhi aktiviti bermanfaat, dapat selesaikan segala yang tertangguh dan mula dengan jayanya untuk 2019.

Dah tak lama. Jom counting togehter!

Ulasan

  1. kumpul semangat bulan ni & capai azam tahun depan!

    BalasPadam
  2. Semoga bulan terakhir ni yang terbaik saja datang..

    BalasPadam
  3. Lagi berapa hari je nak habis tahun 2018 kan diah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.