Review Filem Thailand May Nai Fai Rang Frer (MayWho)
Kali ni Diah nak review filem Thailand yang diberi tajuk May Nai Fai Rang Frer (MayWho). Filem ni dah lama pun ditayangkan, masa 2015 tapi baru je Diah dapat tengok dekat Astro beberapa minggu lepas.
Genre filem ni adalah romantik komedi. Memang kena dengan jiwa la. Kalau ending cerita sedih memang Diah tak akan tengok. Sejenis perangai sangat nak kehidupan macam fairytale je.
Filem May Nai Fai Rang Frer (MayWho) dilakonkan oleh tiga watak utama iaitu oleh Sutatta Udomsilp, Thiti Mahayotaruk and juga Thanapob Leeratanakajorn.
Filem ni berkisarkan tentang seorang gadis (May) yang sering bertukar sekolah dan tiada kawan kerana keadaan dirinya yang membuatkan dia jadi kurang yakin dan berbahaya kepada sesiapa sahaja yang dekat dengan dia.
Review Filem Thailand May Nai Fai Rang Frer
Kisahnya, May ada kelebihan/kekurangan sebab dalam badan dia ada arus elektrik. Tahap elektrik tu pula bergantung pada degupan jantung dan keadaan emosi dia.
Semakin tinggi degupan jantung dia semakin tinggi arus elektrik yang mengalir dalam badan dia. Siapa yang terpegang atau ada berdekatan dengan dia boleh mati akibat terkena renjatan.
Ada satu scene kelakar semasa May tengah exercise berlari atas treadmill, ayah dia pasangkan wayar dan sambung kan pada bateri kereta. So kira exercise sambil charge bateri macam tu. Mak dan ayah May dah biasa dengan keadaan May yang seringkali menyebabkan blackout dekat rumah bila emosi dia tak stabil.
Oleh sebab keadaan dia yang macam tu buatkan May jadi tak yakin dengan diri sendiri dan takut nak berkawan. Dia takut akan sakitkan orang sekeliling sehinggalah satu hari di sekolah terakhir yang patutnya dia nak tukar tapi tak jadi disebabkan oleh seorang budak lelaki bernama Pong.
Ada satu kemalangan berlaku dan Fong mendapat tahu tentang keadaan May. Dari kemalangan itulah May dan Fong saling mengenali dan berkawan rapat. Fong ni pandai gila melukis. Dia ada minat dekat seorang perempuan ketua sorak dekat sekolah tapi malu nak luahkan isi hati dia.
Jadi dia hanya luahkan perasaan dan imiginasi dia dalam komik yang dia lukis. May juga ada menaruh harapan pada lelaki idaman sekolah, atlet olahraga dekat sekolah mereka bernama Fame.
Fame ni kira jejaka impian ramai gadis. May juga seorang atlet dan dia selalu jadi tak tentu arah bila berhadapan dengan Fame.
Untuk mendapatkan gadis dan jejaka yang di impikan, akhirnya May dan Pong berkawan baik. Masing-masing support each other dan dalam tak sedar May dan Fong jatuh hati sesama sendiri.
Ada banyak babak yang kelakar dan juga menyentuh perasaan bila May dan Fong cuba luahkan perasaan terhadap crush masing-masing. May juga berusaha keras nak hilangkan gelodak emosi dia dan cuba pelbagai cara untuk elak Fame terkena renjatan elektrik.
Watak-watak tambahan macam kumpulan penyokong tegar Fame, babak animasi dan imiginasi Fong, Fame kena renjatan elektrik dekat stadium, dan banyak lagi babak menarik perlu korang tengok sendiri la.
Korang patut tengok cerita ni kalau korang suka kan cerita ringan dan sweet macam gula-gula kapas. Sepanjang filem ni tak akan buat korang mengalirkan air mata pun. Eh ada, mengalir air mata sebab babak kelakar. Dari 5 bintang dia bagi full bintang. Kalau dia ulang dekat Astro lagi ok je kalau nak layan cerita ni sekali lagi.
*gambar google image
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.