Jom Makan Nasi lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner

Untuk edisi food hunting kali ni Diah telah pun mencuba The Famous Nasi lemak Bamboo di Azfar Maju Corner yang terletak di Bandar Menjalara Kepong Kuala Lumpur. 

Untuk korang yang suka makan dan cuba menu unik serta memang suka kan nasi lemak, The Famous Nasi Lemak Bamboo di Azfar Maju Corner ni memang patut korang cuba. 

Jom Makan Nasi lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner 


The Famous Nasi lemak Bamboo Azfar Maju Corner ni terkenal kerana Nasi Lemaknya yang dikukus di dalam buluh. 

Mereka merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan nasi lemak di dalam buluh di Kuala Lumpur. Memang unik sungguh. 


Nasi lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner

Beza Nasi Lemak Bamboo

Kalau korang nak tahu penyediaan nasi lemak ni berbeza sedikit dengan nasi lemak biasa yang dibungkus dalam daun pisang tu. 

Menurut Puan Seema yang merupakan pemilik Azfar Maju Corner, dia akan kukus dahulu nasi di dalam buluh selama 40 minit sehingga nasi masak dan kemudian rendang ayam dan di kukus lagi selama 3 minit. 

Pada dua minit terakhir baru lah telur rebus, timun, kacang, dan ikan bilis di masukkan supaya kekal rangup. 


Nasi lemak


Untuk memastikan kesedapan nasi lemak bamboo, Puan Seema akan memasak nasi menggunakan santan sepenuhnya dan mencampurkan garam bukit di dalam masakkannya. 

Jika sekilo beras dimasak, sekilo jugalah santan digunakan. Dalam menjaga kualiti dan memastikan kesedapan masakannya, Puan Seema sendiri yang akan memasak nasi lemak Bamboo dan ikut resepi turun temurun keluarganya. 


Nasi lemak Bamboo


Selain daripada nasi yang sedap, nasi lemak bamboo dipadankan dengan rendang ayam yang dimasak setiap hari. Puan Seema menggunakan ayam kampung yang dimasak secara perlahan selama 4 jam. 

Memang terasa rempah ratus dan daging ayamnya yang lembut. Sesuai sangat dengan tekak orang Malaysia. Rasa rendang ayam tak terlalu pedas jadi sesuai dinikmati oleh semua termasuk kanak-kanak. 

Nasi lemak Bamboo di jual pada harga Rm12.90 dan dicadangkan untuk di minum dengan Teh Tarik Halia. Bagus kalau nak buang angin dalam badan. 

Kalau korang nak datang mencuba nasi lemak Bamboo ni dan datang dengan kawan-kawan Diah nasihatkan supaya call dulu Puan Seema dan buat tempahan.  Tak la la korang nak kena menunggu.


Nasi lemak Azfar Maju Corner


Selain daripada nasi lemak, korang boleh cuba pelbagai roti, pelbagai masakan panas dan macam-macam lagi dekat Azfar Maju Corner ni. 

Diah sempat cuba roti tisu dan roti cheese mereka. Memang terbaik. Tak menyesal kalau datang makan dekat sini.






AZFAR MAJU CORNER
G1, Plaza Manjalara
No.1 Jalan Menjalara Idaman
Bandar Menjalara
52200 Kepong
Kuala Lumpur
Tel: 019-444 6441
Waktu Operasi: 6 petang hingga 11malam

Selamat Mencuba!

Ulasan

  1. Wah sedapnya nasi lemak bamboo kukus ni. Qiya belum pernah makan lagi nasi lemak color hijau gini. Boleh la try nanti.

    BalasPadam
  2. Nasi lemakk.. My all time favourite ni 😍

    Sedapnya.. Dah lama jugak tak makan roti tisu.. Aduhh mengundang betul ni

    BalasPadam
  3. Wowww s dapnya x pernah lagi makan nasi bamboo

    BalasPadam
  4. Wah.. menarik betul.. memang dimasak dalam buluh ye.. roti tisu tu pun nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  5. Terliur tengok 😋 sedapnyaa
    https://thekhairina.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.