8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Jika anda pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau apa sahaja bentuk kemalangan yang melibatkan anggota kepala anda perlu memberi perhatian jika terdapatnya peningkatan tahap kecederaan yang di alami.

Diah sempat mendapatkan panduan perawatan berkenaan dengan kecederaan kepala semasa Diah membawa anak bongsu ke hospital akibat jatuh katil beberapa bulan lepas. 

Doktor berkongsi beberapa tips dan Tanda yang perlu di perhatikan jika kecederaan kepala bertambah serius. 


8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Memang seram bila fikir balik apa yang jadi. Airis terjatuh dari katil waktu tu kami sibuk nak solat Subuh. 

Jadi tak sedap hati bila Airis muntah selepas jatuh dari katil. Sebab tu kami dapatkan rawatan di bahagian Kecemasan HKL. 
8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Tanda-tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Apabila seseorang pesakit sudah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang oleh doktor, tetapi pesakit dikehendaki datang serta merta ke hospital jika terdapat tanda-tanda berikut timbul:
  • Sakit kepala yang keterlaluan dan berterusan. 
  • Berasa pening, loya dan muntah-muntah. 
  • Bingung, kurang sedar atau resah. 
  • Pengsan
  • Perangai atau tingkahlaku berubah. 
  • Tidak dapat dikejutkan dari tidur. 
  • Mengalami sawan. 
  • Pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak.  
  • Tempoh Pemantauan Kecederaan kepala

Doktor ada terangkan iaitu, tempoh 6 jam pertama adalah tempoh kritikal dan perlu di ambil serius jika baru mengalami kecederaan kepala. 

Salah satu Tanda yang biasa terjadi adalah seseorang itu akan muntah. Muntah yang perlu dirisaukan adalah muntah dengan kadar yang banyak dan tidak berhenti. 

Masa anak bongsu Diah jatuh katil beberapa bulan lepas, memang tiada benjolan kepala mahupun kecederaan lain tetapi itu merupakan kali ke tiga dia jatuh melibatkan anggota kepala dan kebetulan dia ada muntah sedikit jadi kami nekad untuk berjumpa doktor.  

Untuk elak perkara tidak di ingini Diah bawa anak untuk mendapatkan rawatan di hospital Kuala Lumpur. 

Banyak ilmu baru yang Diah dapat. Doktor juga periksa keadaan tengkorak anak bongsu dan Alhamdulillah dari pemeriksaan tidak berlaku sebarang retakan. 

5 Langkah Dan Tindakan Penting 

  1. Elakkan / tidak harus dibiarkan pesakit berseorangan. Mesti ditemani agar dapat memantau keadaan kecederaan. 
  2. Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor seperti yang diarahkan. 
  3. Jangan makan dan minum dengan banyak terutama minuman keras. 
  4. Jangan memandu kenderaan atau motosikal sendiri. 
  5. Haruslah dibawa ke hospital dengan segera jikalau terdapat Tanda peningkatan tahap serius kecederaan kepala seperti yang diterangkan di atas. 
Semoga bermanfaat!

Ulasan

  1. bahaya. kena kawal emosi dan juga mental, terlebih fikir buat kita jadi runsing dan sbgainya.

    BalasPadam
  2. saya pula ada lebam hijau kat tepi kepala tapi tak sedar bila dan kat mana dapatnya. tahu tahu dah ada. tapi tak sakit, so saya abaikan je hahaha.

    BalasPadam
  3. adoi.. kite selalu sakit kepala migraine wak.. hee~ tu kira kecederaan jugak ke ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.