Menginjak usia ke 33 tahun ni macam perasan sangat perangai perfectionist atau mencari kesempurnaan semakin menjadi-jadi dalam apa sahaja yang di buat.
Semakin berusia rasanya semakin banyak pengalaman dah di lalui dan jadi serik kalau nak ulang semula kesalahan yang pernah di lakukan.
Mesti nak capai kesempurnaan. Atau nama lain perfectionist. Masalah ni Diah seorang je ke yang hadapi? Normal ke? Atau satu penyakit?
Memang sejak dari alam pekerjaan lagi dah dilatih untuk jadi perfectionist. Memang tugas Diah terlibat dalam bahagian Quality Control.
Ciri-Ciri Seorang Perfectionist
Unit paling dibenci orang ramai sebab unit kami akan mencari
silap unit lain. Dah memang tugas unit kami akan meneliti dan mencari
kekurangan.
Bayangkan 8 tahun bekerja, di tekankan dengan perkara-perkara yang
perlu di ambil perhatian dan diberi latihan semasa bekerja dan ditambah lagi
training di luar pejabat.
Memang sikap tu dah tertanam dalam diri.
Apa Itu Perfectionist?
A perfectionist is a person who refuses to accept any stawak rd short
of perfection. In psychology, perfectionism is a personality trait
characterized by “a person’s striving for flawlessness and setting excessively
high performance stawak rds, accompanied by overly critical self-evaluations
and concerns regarding others’ evaluations.” [1] To a perfectionist, anything
that’s less than perfect is unacceptable.
Perfectionist Yang Memakan Diri
Lama kelamaan sikap perfectionist
tu dah sebati dalam diri. Mula-mula sikap tu hanya bila berada di pejabat, tapi
sekarang bila dah jadi suri rumah dan blogger sepenuh masa sikap tu terus
menghantui.
Rasanya dah jadi tabiat maka setiap perkara yang Diah lakukan sedaya
upaya akan buat dalam kesempurnaan. Tapi Diah bukanlah di tahap Perfectionist
yang kronik.
Diah masih boleh lagi tolerate
sebab selalu ingatkan diri, cuba buat yang terbaik dengan apa yang ada. Jadi
penerimaan terhadap sesuatu yang tak sempurna tu dapat dikurangkan rasa kecewa
bila tak dapat apa yang di inginkan.
Apa Diah buat ialah selalu ingatkan diri
dan buat sehabis baik. Sentiasa ingat Allah jua yang memberi dan mengizinkan
semua perkara. Sebaik mungkin Diah kawal supaya tidak merosakkan diri.
8 Ciri-Ciri Awak Seorang Perfectionist
Kalau awak rasa awak salah
seorang yang ada ciri-ciri perfectionist ni apa kata awak cuba semak ciri-ciri yang Diah senaraikan di
bawah.
Semakin banyak yang awak rasa kena dengan diri awak semakin tinggi la level perfectionist awak .
#1 Tiada Ruang untuk melakukan
kesalahan.
Awak mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi terhadap kesilapan dan menjadi orang pertama yang jumpa
kesalahan tu. Awak sangat teliti dalam
sesuatu perkara.
#2 Awak ada cara tersendiri bila melakukan
sesuatu.
Awak susah nak terima sesuatu jika ia nya tidak kena dengan cara awak.
Ramai akan salah faham dengan awak sedangkan awak mahu yang terbaik.
#3 Awak sejenis yang menetapkan
sesuatu idea secara mutlak.
Pendekatan awak ialah sama ada awak melakukan semuanya dengan baik, atau awak tidak melakukannya sama sekali. Segala-galanya
di antara ya buat dan tak buat langsung.
#4 semuanya tentang apa yang awak
dapat di penghujungnya.
Awak tak peduli pun cara untuk laksanakan dana pa yang
diperlukan asalkan semuanya mengikut apa yang awak tetapkan. Jika gagal, awak
cenderung untuk marah dan salahkan diri sendiri.
#5 Awak sangat berkeras dengan
diri sendiri, selalu mengkritik diri sendiri dengan teruk dan menyalahkan diri
sendiri atas hal-hal kesalahan yang kecil.
#6 Selalu menjadi tertekan kerana
kegagalan dan sering kali timbul perasaan sesal dan salahkan diri dengan
soalan-soalan seperti “kalau lah”, “Bagaimana jika”, “kan aku dah kata”
#7 Awak jarang berpuas hati
dengan sekadar berjaya habiskan sesuatu tugasan. Awak cenderung nak hasilkan
result yang luar biasa.
#8 Oleh sebab awak memang
mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara jadi awak tidak kisah untuk
berkorban wang ringgit, masa, dan tenaga.
Pendek kata awak sanggup buat apa
sahaja termasuk lah terganggu waktu tidur untuk buat semuanya sempurna.
Nasib baik bukan.. kikiki.. no 2 tu je yang Sha amalkan.. yang lain tu tak ada..
BalasPadamNo body perfect..memang susah nak jadi perfect..biasa2 sahaja lg bagus..hihihi
BalasPadamNo body perfect..memang susah nak jadi perfect..biasa2 sahaja lg bagus..hihihi
BalasPadamAda nampak macam kena jer sikit hahaha aduhhh
BalasPadambanyak yang kena ni
BalasPadam