Set Baju Tidur Menyusu Mamaway Maternity Pajama

Selalu sangat dalam ceramah mesti ustaz bagi contoh suri rumah akan pakai baju kelawar lepas tu tempek bedak sejuk dekat muka sampai suami seram nak tengok bini sendiri. 

Dah macam sinonim pula suri rumah tu selekeh eh, main rembat je baju apa yang ada. Kalau dulu logik la contoh baju kelawar tu tapi sekarang tidak rasanya. 

Sebab apa tau, sekarang pilihan untuk suri rumah untuk tampil cantik dah semakin banyak di pasaran. Nak pakai baju tidur jenis macamana sebut je. Semua ada. Walaupun hakikatnya banyak masa suri rumah ni habiskan dekat rumah je.


Set Baju Tidur Menyusu Mamaway Maternity Pajama 

Sebetulnya dalam rumah la kena cantik-cantik untuk tatapan suami dan anak-anak walaupun bertentang mata waktu malam je. 

Macam Diah sendiri, tak la terlalu obsess nak nampak cantik cuma cukup la sedap mata nak memandang. Sentap wo kalau suami mula bandingkan pemakaian kita bila keluar rumah dengan bila berada dalam rumah.


Maternity & Nursing Pajama



Dan tak salah pun nak pakai baju kelawar tu, Diah bukan anti baju kelawar tau asalkan pandai hiaskan diri. Tapi kalau tak nak susah cantik kan diri cuba pakai baju tidur keluaran Mamaway ni. 

Comel je design dia. Baju tidur Mamaway ni juga direka khas untuk ibu yang menyusukan anak sebab ada “tingkap” di bahagian dada untuk memudahkan penyusuan. Senang kerja. 


Mamaway Minnie Lollipop Maternity & Nursing Pajama


Kenapa Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pajama?


Peminat kartun Disney, Mickey & Minnie Mouse mesti suka baju tidur ni. Warna Pink pula tu. Bertambah-tambah kecomelan si pemakai nya (Puji diri sendiri). Kalau tak suka corak kartun macam Diah ni, jangan risau masih ada lagi corak lain. 

Baju Tidur Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pijama boleh dipakai tak kira tengah mengandung ke, menyusukan anak ke atau siapa sahaja asalkan dia ialah seorang perempuan sebab rekaan baju ni yang memudahkan ibu untuk susu kan bayi dan juga kelebihan pada seluarnya. 

Dekat bawah ni Diah senaraikan sebab kenapa Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pajama menjadi pilihan. 


Nursing wear


Baju tidur Mamaway sesuai dipakai oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusukan bayi. Pendek kata boleh guna semasa dan selepas mengandung. Dijamin tak membazir sebab boleh pakai dalam tempoh yang lama.  

  • Untuk susu kan bayi, baju tidur ni memang dah siap-siap ada belahan di bahagian dada untuk memudahkan penyusuan. 
  • Seluar baju tidur ni di datangkan dengan stripe boleh laras di bahagian pinggang. Ada butang yang boleh diadjust mengikut saiz perut anda. 
  • Bahagian kaki seluar berbentuk “ankle cuff” untuk mudahkan anda untuk “senseng” (wujud ke perkataan ini?) seluar supaya tidak basah bila ambil wuduk mahupun masuk ke tandas. 
  • Set baju tidur ni di datangkan dengan banyak corak dan warna menarik serta ada lengan panjang dan juga pendek. 



Ulasan Diah Tentang Baju Tidur Mamaway Minnie Lollipop Nursing Pijama

Diah suka pakai baju tidur ni sebab fungsi-fungsi yang Diah sebutkan dekat atas tadi. Baju ni selesa dipakai waktu malam terutama musim hujan. 

Material dia sangat membantu ketika cuaca sejuk. Apa pun pilihan kita pastikan kita selesa dan beli ikut kemampuan poket sendiri.
 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.