Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
Sesungguhnya Zakat dapat menyucikan jiwa dan harta. Terasa ala-ala ustazah bila menyampaikan info berbentuk ke agamaan ni, tapi bagus la kan ingat akhirat.Ok berbalik kepada tajuk entri kali ni Diah nak kongsi dengan anda semua macamana hanya dengan bayar zakat anda berpeluang untuk menunaikan umrah dan juga hadiah lain. Menarik kan? Dapat pahala lepas tu dapat hadiah lagi. Nak tahu kena baca sampai habis ya.
Diah tertarik nak kongsi maklumat dengan anda semua tentang satu kempen yang tengah berlangsung yang di anjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP).
Diah tertarik nak kongsi maklumat dengan anda semua tentang satu kempen yang tengah berlangsung yang di anjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP).
Nama kempen itu ialah tak lain tak bukan kempen pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Masih ada masa kalau nak sertai.
Kempen Skim Potongan Gaji Zakat Skim Thohir |
Siapa Yang Boleh Sertai Kempen Thohir 2018?
Kempen ni terbuka kepada kakitangan kerajaan dan juga swasta dengan syarat anda membuat pembayaran zakat, melalui potongan gaji. Lebih berkat pendapatan kita kalau bayar zakat tau. Salah satu cara bersihkan diri dan jiwa juga.
Kempen ni di adakan khas untuk menggalakkan orang awam untuk ber zakat. Sambil kita ber zakat dapat membantu golongan asnaf di Malaysia.
- Mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji) anda lah orang yang layak kalau nak sertai kempen ni.
- Dan kalau yang memang dah buat potongan zakat, hanya perlu buat tambahan nilai potongan zakat sedia ada je. Boleh la semak berapa nilai potongan zakat terakhir anda.
Hadiah Utama Kempen Thohir 2018
Ada 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat (Skim Thohir).
- Pemenang utama: Pakej Umrah bagi 2 orang
- Pemenang kedua: Percutian ke Beijing 6H5M
- Pemenang ketiga: Percutian ke Bangkok 5H4M
- Pemenang keempat dan kelima: Percutian ke Jakarta 3H2M
- Pemenang keenam dan ketujuh: Percutian ke Pekan Baru 3H2M
- Pemenang kelapan sehingga kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M
Cara sertai Kempen Thohir 2018
Cara sertai kempen ni memang mudah, hanya buat penambahan potongan gaji untuk yang dah sedia buat potongan zakat dan yang baru nak buat potongan gaji zakat sila isi borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui beberapa pilihan saluran iaitu:
- Boleh walk in ke 11 kaunter PPZ-MAIWP
- Layari Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
- Rujuk kepada Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
- Boleh bertanya dan dapatkan keterangan lanjut denagn majikan di syarikat atau organisasi
- Atau paling mudah hubungi je TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757 dan pasti mereka akan bantu anda.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.
Pesan Diah yang bekerja dan membuat potongan zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memang perlu rebut peluang ni ya. Selain dapat beramal dan memperoleh pahala dapat juga menang hadiah yang best.
syoknya hadiah tu
BalasPadamThk u for sharing
BalasPadam