Meatball Carbonara Sedap Rupanya | Assalamualaikum. Hari tu pertama kali mencuba resepi meatball carbonara sebab adik bongsu teringin sangat nak makan katanya. Acah-acah akak solehah kena la layankan je permintaan dia. Tak menyesal sangat mencuba sebab memang sedap. Makan sambil senyum-senyum pejam mata.
Sebelum masak macam biasa kita tengok la Youtube sebagai rujukan. Nak tahu cara masak dan rupa selepas masak so senang kerja sebab dah boleh bayangkan. Maafkan kesan hangus tak sekata tu sebab oven kecik tu hangus dekat situ je.
Meatball Carbonara |
Meatball Carbonara ni nak makan macam tu je pun boleh atau nak makan bersama roti garlic pun ok. Masakan ni jenis ber kuah dan lemak sebab ada letak susu cair dan keju. Sesuai sangat nak jamu orang tapi nak hidangkan menu yang light-light je. Kami masak untuk makan malam dan yang penting kenyang. Semua orang boleh makan sebab ia nya tak pedas. Orang tua boleh makan cicah sos ya.
Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Meatball Carbonara ni:
Bahan-bahan yang diperlukan
Bebola Daging Kesukaan – 15-20 ketul
Satu biji Bawang Holand yang dipotong dadu
Keju Parmesan sebanyak mana yang dimahukan
1 biji Lada benggala
1 tin susu cair
1 tin Cendawan
Garam secukup rasa
1 botol sos Carbonara Jenama yang anda suka
Lada Hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara nak buat meatball Carbonara ni ialah:
1. Goreng dahulu meatball separuh masak. Letak di tepi. Dalam kuali lain tumis bawang Holand dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada benggala dan cendawan yang telah dihiris. Tumis sehingga layu.
Goreng dan taburkan meatball ke serata alam |
2. Kemudian masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Perasakan dengan garam. Biarkan sekejap dan angkat masukkan ke dalam bekas untuk di bakar. Masukkan meatball yang telah di goreng tadi dan lapiskan secara berturut atau kalau malas campak je semua dalam bekas tu. Lol.
3. Last sekali taburkan keju parmesan di atas sekali dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau sehingga keju cair. Boleh tambah perlbagai jenis keju kalau tak takut gemuk.
semakin banyak keju semakin sedap |
Dah siap pun Meatball Carbonara |
Selamat mencuba membuat Meatball Carbonara ni. untuk yang malas nak masak tapi nak makan sedap dan yang dah bosan nak makan nasi resepi ni memang sesuai sangat. Dah cuba nanti kongsi la hasilnya. Okeh?
Wassalam
Tengok pun da tau sedap. Resepi pun simple je. Tapi tu la oven kat rumah ni da lama tak guna, elok ke idok tak tau... haha
BalasPadamSila lah buat lagi. Boleh kak ana tumpang sesuap dua. Gaha. Mana tau boleh jadi rakan blogger solehah pula kan. Sedap nampaknya tu.
BalasPadamPergh!! Kalau macam tu punya banyak keju, memang ohsemlah..
BalasPadam