Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Kami sempat jejak kan kaki ke Taman rekreasi Gunung Lang masa hari terakhir berada di Ipoh. Selepas selesai urusan check out di hotel M Boutiqe Ipoh, sebelum lunch ajak suami singgah sekejap untuk tangkap gambar nak jadikan kenangan.Kami sampai sekitar 1 tengahari dan masa tu barisan untuk naik bot dah panjang. Malas nak bersesak jadi kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar. Sekadar nak habiskan masa dan lokasi Taman rekreasi Gunung Lang ni memang tak jauh untuk ke lebuhraya balik KL.
Lokasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (dahulu Jalan Kuala Kangsar), dibuka pada Oktober 2000, meliputi kawasan seluas 30.35 hektar di mana 14.16 hektar terdiri daripada tasik, taman itu dibahagikan kepada dua bahagian.
Ia dibangunkan di sekitar bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Kamare yang indah.
Tarikan-tarikan utama Taman Rekreasi Gunung Lang adalah air terjun buatan manusia yang terletak di atas bukit batu kapur, jarak 2 km di atas menara pandang dan meninjau.
Terdapat juga kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, bilik solat dan bilik air. Untuk sampai ke sana, seseorang perlu membayar RM3 (dewasa) / RM1.50 (Warga Emas) untuk menaiki bot dari jeti. (Sumber Pelancongan Ipoh).
Sila datang awal pagi dan untuk elak kan beratur panjang boleh rujuk waktu operasi bot. Tambang pun murah memang berebut la orang nak mencuba.
In sha Allah kalau kami ada rezeki untuk melawat Ipoh lagi di masa hadapan nak datang semula ke Taman rekreasi Gunung Lang ni dan cuba sendiri naik bot serta nak pergi ke semua list ikut itenary bercuti Ipoh.
seronoknya dapat beriadah bersama keluarga :D
BalasPadamala bestnya! sha suka aktiviti mcm ni
BalasPadamhari tu pegi tak sempat naik bot.. tiba2 rami yg q..
BalasPadam