Review Savee Peel Off Face Mask
Siapa suka pakai face mask? Ni face mask yang tepek kat muka untuk cantik kan kulit tau, bukan face mask yang pakai bila ada selesema tu. Lepas tu kalau beli face mask mesti nak cari yang wangi, senang nak tanggal dan senang nak cuci.Biasa nya Diah pakai face mask bila kulit terasa kering dan bila balik dari bercuti. Lepas balik dari bercuti kulit muka Diah mesti terbakar kemerahan macam udang. Bila dapat sapu face musk yang jenis peel off tu heaven betul.
Dulu kemain nak jimat dan pernah cuba face mask yang home-made, guna madu dan putih telur untuk tegangkan kulit muka dan juga hilangkan bintik hitam.
Lepas terbaca artikel kesihatan yang bakteria amat suka bila kita sapu putih telur yang mentah tu terus stop. Nasib bakteria tak sempat bermaharaja lela dekat muka. Jerawat tak naik. Alhamdulillah.
Sekarang dah jumpa face mask best dah tak cari lain kecuali jumpa yang lagi best.
Peel Off Mask
Kebiasaan kalau beli face mask dekat Watson atau Guardian tak kira la apa jenama sekali pun Diah lebih selesa beli yang jenis peel off. Ala yang kalau dah kering kita cabut dari muka seolah-olah kita bersalin kulit. Ya ampun perasaan bila tarik tu dengan kulit mati pun tertarik sekali rasa macam menang apa tah.
Lagi satu jenis mask tu yang material dia macam kertas basah yang ada bentuk muka. Selalu kalau beli yang jenis macam tu akan sakit hati sebab size mask tu macam over besar. Bila pakai jadi selekeh. Mula la tak selesa. Tu sebab suka beli face mask yang jenis peel off supaya senang nak tonyoh dekat serata muka.
Savee Face Mask
Masa berjalan dekat Aeon WangsaMaju bulan lepas terjumpa la stall kecil yang jual mask, alat make up dan macam-macam lagi la. Semuanya jenama Savee. Tapi mata tertumpu dekat longgokan face mask yang di susun dalam bakul-bakul kecil.
Ada macam-macam jenis pelbagai fungsi antaranya; Savee Face Mask Orange untuk melembap dan mencerahkan kulit, Savee Face Mask Aloe Vera untuk merawat, anti kedut dan juga kulit terhidrasi, Savee Face Mask Papaya pula untuk exfoliation dan Savee Face Mask warna purple kegemaran Diah untuk detox kulit dan penyembuhan sebab dalam dia ada kolegen.
Rambang mata sebab semua fungsi mask tu macam menarik sangat jadi memang borong sakan. Masa tu Savee Face Mask ni di jual pada harga promosi. RM2 setiap keping. Lagi berpinar mata nak beli. Nasib suami ingatkan jangan boros.
Puas Hati Guna Savee Face Mask
Walau pun baru dua kali menggunakan Savee Face Mask Peel Off yang warna purple ni memang Diah berpuas hati sangat-sangat dan mencadangkan sesiapa yang gila kan face mask kena cuba pakai.
Mask dia even liquid tapi tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, wangi dan tak over sampai pening kepala, senang sangat nak cuci dan di tanggalkan. Bila dah kering dan cabut dari muka tak la sakit sampai mengalir air mata. Sedang elok je tahap kesakitan dia.
Diah bukan termasuk di bawah kategori yang rajin sangat nak jaga kecantik kan tapi kadang-kadang teringin nak manjakan diri macam dekat spa tu.
Set penjagaan Body Care Safi pon best - Baca Sini
Nak pergi tak ada masa dan mahal jadi kena la cari cara jimat nak bahagiakan diri. Masih ada lagi Savee Face Mask yang menunggu giliran untuk di cuba. Excited sangat. Nanti kalau dah cuba Diah kongsikan lagi dekat blog ok.
Awak pakai face mask jenama apa? Mari la kongsi.
nampak menarik boleh cuba nanti
BalasPadamLiez pun ada beli savee smp sepuluh keping.. 5 untuk mak Liez
BalasPadamsesambil lepak kita tampal mask..