Food Review: Green Town Dim Sum Café Ipoh
Masa bercuti ke Ipoh baru-baru ni kami stay di Hotel M Boutique Diah berkesempatan untuk makan di Green Town Dim Sum Café yang terkenal dekat Ipoh tu. Dim Sum dan Nasi Ayam Hainan memang awal-awal lagi dah masuk dalam senarai itinerary Ipoh.
Dasar kuat makan betul, tak sah kalau pergi bercuti tak mencuba makanan. Setelah menempuh kesesakan jalan raya sebab semua bercuti akhirnya sampai di Ipoh sekitar pukul 3 petang dan terus menuju ke Green Town Dim Sum Café.
Walaupun ramai pelanggan yang keluar masuk tapi servis Café ni laju jadi tak perlu tunggu lama untuk makanan sampai. Diah adalah yang paling teruja nak makan dimsum, suami hanya layankan sahaja.
Oleh sebab suami nak makan nasi, Ikhwan nak makan mee ayam maka Diah hanya ambil empat jenis dim sum sahaja. Takut tak habis. Membazir.
Green Town Dim Sum Café Halal
Untuk yang baru nak mencuba Dim Sum di Green Town Café ni jangan risau ya, Green Town Dim Sum Café Ipoh telah mendapat sijil Halal JAKIM dan ada terpampang pelekat Halal tu dekat pintu masuk. Jadi sila makan tanpa was-was. Pilihan menu yang banyak dan sedap.
Selain daripada pilihan dim sum yang pelbagai jenis, dekat sini ada mee dan juga nasi. Hari tu kami cuba Salt & Pepper Chicken Rice, sebab pertama kali nak cuba menu tu dan BBQ Chicken Noodle.
Salt & Pepper ni bagi Diah versi lain untuk Kuew teaw kungfu.
Nasi dia di limpahi kuah warna putih pekat dalam dia ada sayur kubis dan cili padi. Lepas tu hirisan daging ayam di susun atas kuah. Suami suka. BBQ Chicken Noodle tu bagi Diah biasa je boleh jumpa dekat KL.
Mahal ke Green Town Dim Sum Café ?
Diah pula cuba 4 jenis Dim sum dan yang paling sedap adalah Fried Charcoal Seafood Burger (3 ketul RM6.25). Cuba sebab bun dia warna hitam. Sedap yakmat sila pesan kalau ke sini.
Prawn Dumpling (3 ketul RM7.20), Fried Golden Pear Burger (3 ketul RM6.05) dan Chicken Siew Mai (3 ketul RM5.80). Fried Golden Pear Burger tu berbentuk buah Pear yang di goreng dan dalam dia di isi dengan inti manis.
Pun sedap mesti cuba. Jumlah bil untuk Dim Sum, mee, nasi dan 3 jenis air minuman adalah RM55.00. Diah rasa masih murah, kenyang dan paling penting sedap.
Kononnya nak datang sekali lagi sebelum balik ke KL, tapi hampa sebab masa hari terakhir nak balik ke KL, kami pergi sekitar pukul 2 petang Green Town Dim Sum Café ni penuh dengan pelanggan dan ada yang tengah beratur tunggu giliran. Alahai tak ada rezeki.
In Sha Allah kalau datang ke Ipoh lagi mesti nak datang sini lagi. Keseluruhan nya Green Town Dim Sum Café memang tempat terbaik nak cuba dim sum.
Green Town Dim Sum Café
No. 10 Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue, 30450 Ipoh
Telefon: 05 – 255 2010
tak pernah makan dimsum!haha..
BalasPadamKena pergi ni..cmne ni org jauh makan dulu nih..sebab dekat jd tangguh2..lepas tu xpergi..ahhaha
BalasPadam