4 Cara Tangani Anak Picky Eater

4 Cara Tangani Anak Picky Eater 

Sebelum Diah menulis lebih jauh, entri kupasan kali ni lebih kepada perkongsian pengalaman mempunyai anak yang sejenis picky eater atau bahasa kampungnya memilih makanan. 

Kebiasaan makan makanan yang anak tu suka sahaja. Amat digalakkan ibu bapa yang ada masalah anak yang picky eater berjumpa dengan pakar dan dapatkan nasihat. 

Selepas melahirkan anak ketiga rasanya banyak juga pengalaman yang di tempuh untuk memberi makanan terbaik untuk anak-anak. 

Ketiga-tiga nya amatlah berbeza. Untuk anak pertama, kita lebih fokus dan berjaga-jaga dalam setiap apa yang kita beri kepada anak. 

Almaklumlah pertama kali mengandung dan jadi ibu bapa. Semuanya nak sempurna. Masuk anak kedua dan ketiga kesungguhan tu berkurang sedikit sebab kita dah ada pengalaman yang sebenarnya adalah sikap yang tak bagus, sebab kita ambil mudah. 

Sila jangan ikut perangai ini.  


Ragam Picky eater


Ciri-Ciri Picky Eater


Dulu selalu sangat fikir yang anak nombor dua ni seorang picky eater sebab dia selalu tolak segala jenis makanan terutama yang ada warna dan bau. 

Dia akan buat-buat muntah atau menangis tak mahu makan. Waktu ni umur dia dalam setahun macam tu. Umur yang sesuai untuk kenalkan makanan la kiranya. 

Sebenarnya masa tu anak masih di tahap nak kenali bau dan rasa. Anak pula yang jenis manja dan agak cerewet dengan bau. 

Sejak berusia lima bulan di di sahkan ada eczema dan kemudian dia sembuh. Jadi pengalaman dia dengan makanan tak indah sangat di sebab kan eczema dia. 


Cara Tangani Si Picky Eater

Untuk ibu bapa yang ada anak picky eater atau tunjukkan ciri-ciri ke arah yang cerewet dan memilih makanan sila baca dengan tenang dan positif. 

Setiap anak tu tak sama jadi kita cuba sampai berjaya. apa yang penting kita kenali anak kita dan jangan putus asa. 


#1 Kenalkan Anak Dengan Bentuk, Warna Dan Rasa Makanan

Perlahan-lahan kenal kan anak anda dengan makanan yang anda cuba beri kepada dia. Biarkan dia explore dan belajar. 

Macam Diah bagi je dia main dengan sayur-sayur dan sebut sayur tu kepada dia. Sesi pembelajaran untuk anak-anak la kiranya. 

Kalau dalam menu ada ikan, kalau nampak kartun ikan di televisyen Diah akan tunjuk la ikan dekat Televisyen tu. Faham kan? 



#2 Mulakan Dengan Kuantiti Kecil

Apa yang Diah alami dulu bila Diah masak Diah kecewa sangat bila anak cuma makan satu atau dua sudu kecil SAHAJA. 

Bayangkan usaha yang di ambil untuk memasak dan harga barang yang dibeli bukan murah, bila tak habis rasa membazir sangat. 

Jadi Diah lapangkan dada dan bersyukur anak masih nak makan walau satu sudu. Tapi jangan putus asa. Perlahan-lahan suap dan layan dia macam raja semasa makan baru dia tak sedar ter makan lebih dari dua sudu. Lol. 



#3 Pilih Waktu Makan

Untuk beri makan kepada si picky eater ni kena tengok mood dan bila dia lapar. Bagi waktu selepas dia bangun tidur. 

Kalau anak yang masih menyusu elak kan beri susu, cuba suap dia makan sebelum berikan dia susu. Dia mesti tak tolak kalau perut lapar. 

Lagi satu beri kan susu sebagai ganjaran sebab dia berjaya makan. nanti kelamaan anak faham, bila makan nasi dapat susu. 



#4 Makan Berjemaah

Untuk tips yang ni Diah belajar dari persekitaran sebab bila waktu makan keluarga, si picky eater akan sibuk untuk makan, yang sebenarnya lebih nak kacau orang makan. 

Jadi bila anak ni nampak mak, ayah, abang dia makan dia pun turut sama nak makan. Dia jadi seronok. Jadi ambil peluang ni untuk bodek dia untuk makan. 

Apa yang Diah kongsikan lebih kepada pengalaman anak sendiri. Dalam perjalanan membesarkan anak yang turun naik memang sangat-sangat mencabar. 

Ada waktu nurse dekat Klinik memang bagi amaran yang berat badan tak ideal, kurang itu ini tapi dah jadi ibu bapa memang tu la cabarannya. 

Jangan putus asa kalau anak anda seorang picky eater. Sahut cabaran ni sebagai satu peluang kita mendalami ilmu ibu bapa dan kenal anak kita lebih lagi, yang penting jangan putus asa. Elak kan makanan ringan dan kenalkan makanan seimbang. 

Selamat maju jaya. 

*credit Google Image

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.