Telemovie Renyai Takbir Raya
Sebenarnya ini adalah antara entry yang terperam yang baru sempat Diah tengok semula. Nak kongsi tentang Telemovie Renyai Takbir Raya sebab pertama kali Diah suka watak yang dibawa oleh Aaron Aziz.
Telemovie Renyai Takbir Raya sarat dengan emosi dan banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
Antara nilai utama dalam telemovie ni adalah nilai syukur dan percaya kepada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan.
Bukan sekali mereka di uji tapi ujian itu juga membuat mereka lebih dekat kepada Allah. Telemovie ni juga buat Diah faham yang anak dan keluarga hanyalah pinjaman sementara untuk kita dan semua nya hak milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah berhak ambil.
Watak dan Bintang Utama
Telemovie Renyai Takbir Raya dibintangi oleh Sharifah Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan juga Aaron Aziz. Mereka berdua digandingkan sebagai suami isteri dalam telemovie ni.
Serasi lakonan yang ditonjolkan. Dalam telemovie Renyai Takbir Raya, Sharifah Sakinah membawa watak isteri yang di sahkan menghadapi penyakit kronik (buah pinggang) dan memerlukan dia membuat rawatan sehingga penyakitnya sembuh.
Seorang suri rumah dan suami nya pula bekerja sebagai seorang pengarah filem.
Kisah ujian kehidupan mereka bermula pada malam raya, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya.
Ketika itu Mia (Sharifah Sakinah), sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak pertama mereka.
Dalam perjalanan pulang ke kampung pada waktu malam Mia tiba-tiba sakit hendak bersalin. Panik dan cuai mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Mia selamat melahirkan anak mereka melalui pembedahan dan doktor memberitahu yang Mia menghidapi penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani hemodialisis.
Mia juga di sahkan tidak dapat mengandung lagi. Walau pun begitu, Rais (Aaron Aziz) tetap setia dan cintakan Mia. Rais menjadi suami yang sentiasa memberi sokongan dan menemani Mia setiap kali menjalani rawatan.
Mereka bersama-sama membesarkan anak mereka, Saif dan kerap kali berbalah kerana emosi Mia yang turun naik kerana penyakitnya.
Mia rasa tak berguna dan menyusahkan suaminya, sedangkan suaminya ikhlas menjaga mereka dan amat menyintai isterinya.
Ujian dan dugaan bersilih ganti dan Rais juga menjadi perhatian janda anak dua yang menjadi penerbit filem dan bekerja bersama Rais. Lakonan Anzalna Nasir.
Kiranya Anzalna cuba nak memikat Rais. Kemuncak cerita bila di malam raya, Rais terleka dengan telefon dan ketika itu anaknya, Saif sedang bermain bunga api di depan rumah berdekatan jalan.
Rais lalai dan akhirnya saif terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Di hujung cerita di tonjolkan penerimaan suami isteri dalam menghadapi dugaan hidup.
Allah ambil kembali apa yang telah Allah hadiahkan sebelum ini. Memang sedih tapi watak yang ditonjolkan Sakinah dan Aaron Aziz amat kuat menerima percaturan Allah.
Akhirnya Mia semakin kuat meneruskan kehidupan dan di penutup nya mereka sekeluarga ke Tanah Suci untuk mendekatkan diri kepada Allah.
tak tengok lagi telemovie ni nampak macam best nanti nak kena tengok ni
BalasPadam