Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop

Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop


Baru lepas tengok siaran ulangan Johan dan Zizan Razak yang di temubual dalam Program Meletop dekat Youtube. 

Johan dan Zizan dijemput untuk mempromosikan rancangan lama mereka “Jozan” yang kata nya akan diberi nafas baru. Jozan akan di tayangkan di Astro Warna pukul 10 malam selepas Program Meletop.


Program Meletop


Neelofa Jadi Bahan Lawak Jozan 


Sekali lagi Neelofa jadi bahan lawak dalam rancangan dia host sendiri. Dari awal temuramah lagi Johan dan Zizan dah mula menyakat Neelofa dan Nabil.

Seperti biasa untuk mereka yang boleh terima cara lawak Jozan akan gelak tak berhenti. Nabil pula jadi nasi tambah. Sudahnya Neelofa pula yang jadi bahan lawak mereka. 

Ada juga bahagian yang Diah rasa melampau lawak mereka. Jozan buat lawak tentang pakaian Neelofa malam tu bila dia pakai Pouch bag dengan dress. 

Memang di akui gaya fesyen Neelofa luar kebiasaan dan seolah minta di kecam tapi bayang kan kita di tempat Neelofa dan terus menerus di gelak kan secara face to face. Macamana ya? 



Budaya Menggelakkan Orang


Dalam tak sedar masyarakat secara halusnya di didik mentertawakan orang adalah tak salah. Menggelakkan penampilan orang dibolehkan atas tiket lawak. Komedi bagi mereka. 

Kita belum pernah dengar berita kan, mati di bunuh sebab dijadikan bahan lawak? Ke dah ada? Kita risau masyarakat kita semakin hilang adap tata susila. 

Kita selalu mengeluh anak generasi muda sudah hilang hormat pada yang lebih tua. Tapi kita lupa, kita sendiri mengajar mereka begitu. Ini lah akibatnya. 

Kita yang membenarkan benda-benda halus macam ni berleluasa. Jadi trend sekarang, bila di tegur katanya tidak berfikiran terbuka. Di cop ustaz ustazah jadian. Siap di kecam netizen. Sudahnya semua takut nak bersuara. 

Dalam rancangan ni juga Johan telah umumkan nama anak dia yang baru lahir tu. Anak sebelum ni nama dia Cantik kan ha yang ni dia ada letak nama Molek, tapi Johan kata senang dia nak panggil dua anak sekali gus. 

Cantik Molek. Kreatif dia dan isteri. 

Kesimpulannya, berhibur, bergelak ketawa tu boleh tapi ada batasnya. Bergurau senda jangan sampai ada yang terasa. 

Kan orang tua dah pesan terlajak perahu boleh di undur, kalau terlajak kata buruk lah padahnya. Dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon Tuhan ampunkan, kalau dosa sesama manusia merangkaklah kita mencari nak mohon maaf. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.