6 Perkara Penting Kena Tahu Sebelum Waxing
Anda tahu kan dengan mencukur bulu akan menyebabkan kulit anda rosak. Selain bercukur, waxing juga antara kaedah membuang bulu yang semakin dikenali. Antara salah satu cara berkesan supaya bulu tumbuh lebih lambat dan bulu tumbuh lebih halus. Sebab itu semakin ramai orang memilih untuk waxing bulu yang ada di badan.Tips & Trick waxing |
Antara perkara penting yang anda harus ambil tahu sebelum mahu mencuba kaedah membuang bulu secara waxing adalah seperti di bawah:
#1 Tahan Sakit! Ianya agak menyakitkan tetapi tidak lama dan bergantung kepada bahagian yang ingin waxing. Lagi pun sakit itu subjektif. Ikut ketahanan badan masing-masing. Bahagian kulit muka dan kawasan intim lebih sensitif dan nipis. Ada pepatah Inggeris tentang kecantikkan, “Pain is Beauty” Nak cantik kenalah tahan sikit.
#2 Kesan selepas waxing seperti kulit merengsa seperti terbakar, kegatalan atau alergi boleh berlaku. Fahami kulit anda dan lakukan patch test. Kalau mahu lakukan sendiri di rumah baca arahan dengan teliti dan jaga kebersihan. Jika gejala berlarutan sila dapatkan rawatan doktor. Untuk yang memilih butik atau spa kecantikan pilih lah spa atau butik yang berpengalaman melakukan prosess ini.
#3 Waxing boleh mengakibatkan ketagihan kerana anda akan teruja melihat kulit yang bersih dan licin tanpa bulu. Walaupun sakit anda tidak akan serik untuk melakukannya. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan anda seharusnya konsisten.
#4 Proses waxing akan menyebabkan pori-pori terbuka dan boleh menyebabkan ianya tersumbat dengan kotoran dan juga bahan lain. Pemakaian scrub sangat digalakkan sebelum dan selepas waxing untuk mengelakkan pori tersumbat dan menyebabkan bisul. Scrub juga membantu membuang kulit mati.
#5 Jika anda baru sahaja melakukan waxing di bahagian terbuka seperti muka, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing selama 24 jam. Anda juga tidak di sarankan untuk memakai alat kosmetik kerana akan menyebabkan pori-pori kulit anda tersumbat.
#6 Bergantung pada individu, waxing juga boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing. Ini kerana semasa proses waxing, bulu yang di cabut adalah sehingga ke akar umbi. Jangan risau kerana darah yang keluar hanya sedikit dan bersifat sementara.
Apa jua cara yang anda pilih untuk tampil cantik, pastikan anda sudah membuat rujukan dan semak isi kandungan produk yang anda bakal gunakan. Penggunaan bahan organik digalakkan untuk memastikan proses waxing lebih selamat. Seperti Wawawax, ia nya diperbuat daripada lemon, gula dan juga madu dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh hubungi Diah untuk sebarang soalan dan pembelian Wawawax.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.