3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian
Oleh sebab sekarang memang tengah musim orang menjual durian memang rajin la Diah suruh suami beli durian. Harga pun kategori masih boleh beli maka makan la puas-puas. Sementara tengah musim durian kena la ambil kesempatan. Nanti bosan kita berhenti la membeli dan makan. Tapi macam mustahil bosan.
3 Resepi Berasaskan Durian
Bila dah selalu makan durian fresh Diah cuba pula resepi pencuci mulut yang berasaskan durian. Semua resepi ni dapat dari perkongsian di Facebook. Suka betul orang Malaysia makan termasuk lah Diah. Dalam banyak-banyak resepi, ice cream, serawa dan pengat bebola durian telah berjaya Diah buat. Anak dan suami suka kan nya.
Ice Cream Durian D24 |
Resepi Ice Cream Durian
Diah masih lagi mencari resepi dan teknik supaya ice cream jadi gebu macam yang dijual di pasaraya tu. Kalau ikut resepi Diah cuba ni, agak gebu tapi masih belum di tahap yang mengagumkan lagi. Ada yang berkongsi tips supaya pukul adunan dalam waktu yang lama. Semakin lama dipukul semakin gebu ice cream.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ice cream Durian adalah seperti berikut;
7 ulas isi durian D24
Satu sudu besar omelette
Setengah tin susu cair
4 sudu susu pekat, kurangkan susu kalau tak mahu terlalu manis
Pewarna kuning jika mahu
Cara-caranya ialah, asingkan isi durian daripada biji, dan kisarkan semua bahan tadi di dalam blender. Setelah semuanya hancur boleh teruskan pukul dalam pengadun. Kemudian isi kan dalam bekas dan bekukan semalaman. Rasa dia memang terbaik. Pekat dan sedap.
Resepi Serawa Durian
Kalau nak buat serawa atau pengat tak kira apa jenis isi kita nak letak, petua nak jadikan serawa sedap dan asli kena masak bersama gula Melaka. Kalau guna gula pasir atau gula perang rasa dia kurang sedap. Itu kalau ikut tekak Diah dan suami. Bila guna gula Melaka dia ada aroma dan rasa yang sedap memikat dan berlemak.
1 kotak santan Kara
Gula Melaka
Garam
Isi durian secukupnya
Daun pandan
Air
Cara nak buat serawa durian ialah masukkan gula Melaka yang dihancurkan dan sedikit air kemudian panaskan sehingga gula Melaka hancur. Masukkan santan dan juga isi durian. Boleh tambahkan air jika nak cairkan. Terpulang. Kacau sehingga mendidih dan masukkan 2 helai daun pandan. Perasakan dengan garam. Tunggu serawa mendidih dan siap dihidangkan. Sedap dimakan dengan roti.
Pengat Bebola Durian |
Resepi Pengat Bebola Durian
Pengat bebola durian sedap dimakan bila disejukkan semalaman dalam peti ais. Rasa bebola yang kenyal memang tak sedar dikunyah dan habis semangkuk. Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat pengat bebola durian ialah,
Tepung Pulut
7 ulas isi durian
Air
Santan
Daun pandan
Gula Melaka
Garam
Cara membuatnya ialah, uli tepung pulut dan isi durian menjadi doh. Jangan masukkan air. Setelah doh berjaya di uli bentukkan menjadi ketulan bebola kecil. Didihkan air dan masukkan bebola tadi sedikit demi sedikit. Tanda bebola masak apabila bebola tersebut timbul. Angkat dan asingkan.
Dalam periuk lain, didihkan santan bersama gula Melaka dan daun pandan. Perasakan bersama garam. Boleh letak se ulas dua isi durian. Setelah mendidih boleh masukkan bebola tadi. Kacau seminit dan siap.
Semua resepi yang Diah kongsi tak mahal pun kalau nak buat. Senang dan berbaloi-baloi untuk keluarga yang ada anak ramai. Jimat duit. Paling penting perut suami kita dapat tawan. Siapa tak suka kalau suami puji isteri pandai memasak. Selamat mencuba.
wow aiskrim, mungkin sedapp hehe tak pernah try yang home made
BalasPadamWow..sedapnya lahai..tapi tak boleh buat sebab takde durian..hurm..
BalasPadam