Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Bulan Syawal lepas berpeluang bersama adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak sempena sambutan Hari Raya yang telah di adakan di Kem alang sedayu batu 12 Gombak, Selangor anjuran Fashion of Love bersama dua lagi rumah kebajikan dari kawasan sekitar. 

Peluang bertemu adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ni memang diah nanti-nanti kan kerana dari mula ber blog lagi teringin sangat nak menyertai acara kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Akhirnya tercapai juga hasrat nak membantu.  

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Kerja sama antara Fashion of Love dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Diah dihubungi oleh Ivlyn Tan, individu yang bertanggung jawab mengumpulkan dana dan juga para sukarelawan untuk membantu projek sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak. 

Ivlyn mewakili Fashion of Love telah menjemput anak-anak yatim berbilang bangsa atas semangat Kami Anak Malaysia untuk mengeratkan jalinan persaudaraan dan perpaduan antara kaum. 

Usaha murni Fashion of Love menganjurkan aktiviti seperti ini wajar dicontohi dan menunjukkan indahnya ikatan muhibah rakyat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa, budaya dan agama. 

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan Fashion of love


Majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak

Sambutan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dimulakan dengan perarakan masuk anak-anak dari semua pertubuhan, di iringi paluan kompang dan juga gong oleh The Colours of Sound. 

Memang meriah. Sepanjang majlis berlangsung, para sukarelawan dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak dari semua pertubuhan dan dihidangkan dengan juadah raya yang menyelerakan. 

Detik menyentuh perasaan bagi diah sendiri ialah bila salah seorang anak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, iaitu adik Daniel telah membuat persembahan yang berjaya membuat kan para tetamu mengalirkan air mata. 

Daniel telah membacakan sajak tentang “Kasih Sayang Ibu” yang telah dikarang oleh nya sendiri. Pesan adik Daniel, “Kasih ibu membawa ke syurga, amarah ibu membawa ke neraka”. Memang istimewa dan berbakat sungguh anak-anak ini. 

Latar belakang Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak


Menurut Puan Reena yang merupakan pengasas Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, tahun 2018 merupakan tahun ke tiga Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak ini beroperasi. 

Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan banyak kali berpindah tempat akhirnya Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak berjaya memulakan operasi mereka di tempat yang baru. 

Hasil usaha dan juga sumbangan pelbagai pihak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kini beroperasi di kediaman baru mereka di Kem alang sedayu batu 12, Gombak Selangor. 

Tertarik hati dengan perkongsian dari Puan Reena yang beliau mencurahkan sepenuh kasih sayang tetapi juga tegas dalam mendidik anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak kerana mahu mereka berdikari dan mampu bersaing dengan anak-anak di luar sana. Miskin dan tiada ibu atau bapa bukan kelemahan yang boleh menghalang anak-anak ini untuk berjaya. 

Tapak Perkhemahan untuk di Sewa 

Tidak mahu hanya menunggu bantuan, Puan Reena tampil dengan usaha menawarkan tapak untuk di sewa untuk melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan dan juga latihan untuk organisasi sesuai dengan lokasi yang terkenal dengan air terjun dan juga aktiviti lasak iaitu berbasikal dan perkhemahan. 

Puan Reena menekankan yang dia mahu mengubah tanggapan masyarakat terhadap pertubuhan kebajikan yang biasanya hanya diberi bantuan dan di raikan ketika bulan Ramadhan atau Syawal sahaja. 

Puan Reena mengalu-alukan semua pihak yang mencari tapak untuk aktiviti yang di sebutkan di atas di adakan di tapak yang mereka miliki. Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Gombak dan juga organisasi lain kini giat dalam melakukankan promosi untuk memperkenalkan tempat mereka kepada orang awam. 

Untuk yang berminat boleh lah menghubungi Puan Reena di talian 011 – 21244978 atau 013 – 3251544 


Bantuan dan sumbangan kewangan diperlukan 

Pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nur Jannah amat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan kewangan dari orang ramai bagi menguruskan anak-anak Islam miskin yang terdiri daripada anak-anak yatim miskin, anak-anak miskin asnaf, anak-anak saudara baru (Orang Asli Semenanjung), anak-anak tak sah taraf dan lain-lain. 

Sumbangan digunakan untuk menampung pembiayaan kos pendidikan & akademik, kerohanian & Ko-kurikulum, kos kebajikan & kesihatan, Pengangkutan, Bil-bil utility, makanan serta kos-kos lain yang mencecah sebanyak RM 25,000 sebulan. 

Pihak pengurusan juga berbesar hati menerima jemputan, tajaan program pengisian ilmu & kem motivasi, bantuan & sumbangan lain seperti makanan, sabun basuh, barang-barangan atau pakaian terpakai juga diterima. Kenderaan sperti Van baru/terpakai (masih dalam keadaan baik) amatlah diperlukan memandang kan van sedia ada sekarang telah uzur. 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui cek di atas nama pertubuhan iaitu: 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH

Atau akaun pertubuhan 

CIMB ISLAMIC: 8602458847

BANK SIMPANAN NASIONAL: 14008-41-00002187-1

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai di luar sana untuk menghulurkan bantuan untuk anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah. Semoga niat dan ke prihatinan kita di balas dengan seribu satu kebaikan di masa hadapan. 

Ulasan