Tertarik hati nak kongsi tentang budaya LGBT yang tengah rancak dekat Malaysia sekarang. Isu sensitif yang telah mendapat perhatian banyak pihak.
Bila ada manusia yang mengaku Islam tetapi terang-terangan membuat perkara mungkar. Kenapa ramai yang mengecam terutama pendakwah dan ahli agama kerana yang melakukan itu adalah seorang muslim.
Bila mana seorang lelaki atau wanita mahu bertukar dan menyerupai jantina berlawanan nya.
Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan
Pencetus umah Amin antara pendakwah yang bangkit melawan budaya LGBT di kalangan umat Islam Malaysia.
PU Amin juga telah di jemput di salah sebuah rancangan televisyen "Motif Viral" dan menerangkan kenapa dia begitu marah dan kenapa umat Islam Malaysia perlu bersuara.
Kenapa masyarakat perlu ambil iktibar atas dugaan yang melanda.
Maksud lelaki menyerupai perempuan ialah apabila secara fitrah nya dilahirkan sebagai lelaki tetapi dia cenderung meniru gaya orang perempuan.
Baik dari segi pakaian, perhiasan seperti subang dan rantai, gaya bercakap dengan suara yang halus atau dari segi gaya berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan.
Larangan Bagi Lelaki Dalam Islam
Perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:
- Mengubah Mengubah dengan apa cara sekalipun termasuk melakukan pembedahan ke atas bentuk fizikal termasuk penukaran jantina.
- Menukar dan mengikut gaya berjalan dan gerak badan seoarang perempuan yang berlenggang lenggok.
- Menukar percakapan dan suara menjadi lebih halus.
- Memakai perhiasan yang dipakai perempuan seperti rantai, subang dan lain-lain.
- Memakai pakaian wanita.
Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan
Hukum bagi lelaki menyerupai atau mengubah diri menjadi perempuan adalah HARAM tidak kira dengan apa cara sekali pun, melalui pengambilan hormon atau pembedahan.
Ini adalah di sebabkan ianya termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) .
Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah.
Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud...
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Hadith pengharaman perbuatan berlagak lelaki atau perempuan
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Sumber Hukum dari muftins.gov dan olahan oleh Rodiah Amir
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.