Cacing Dalam Produk Ikan Dalam Tin

Cacing Dalam Produk Ikan Dalam Tin

Beberapa hari lepas aku ada kongsi tentang 6 jenama sardin yang dipercayai ada cacing. Kembang tekak bila dapat tahu yang jenama-jenama terlibat semuanya termasuk dalam kategori sardin golongan pertengahan. 

Kalau nak beli sardin Ayam brand tu boleh berair mata masa nak bayar. Harga mahal betul. Baik makan ikan fresh, tak gitu. Masa baca berita tentang cacing mati ni, macam sedikit keliru. Macam mana cacing tu boleh wujud? Wujud semasa proses pengetinan kah? 

Dulu-dulu aku di sogokkan yang makanan di dalam tin ni memang sengaja di letakkan cacing supaya bertambah sedap. Sampai tua aku percaya. Realitinya tak pasti la pula. Geli dengan cacing tapi selera terhadap sardine masih meninggi. 

Boleh macam tu?  

Sardin selamat di makan


Cacing Dalam Badan Ikan?


Tertarik dengan penerangan dari Saudara Aizat, Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan, dari Universiti Malaysia Terengganu. Dia terangkan situasi cacing dalam sardin berdasarkan apa yang dia belajar. Jom lapang dada terima. 

“Bagi mereka yg nak menambah ilmu. Situasi cacing dalam ikan bukan lah sesuatu yang mudah nak dipantau, hatta org islam sekalipun. Kerana parasit ini ada dimana-mana, tak kira ikan apa pun.

Cuma apa yg membezakannya adalah kawasan tangkapan ikan tersebut. Samaada kawasan tersebut teruk dijangkiti parasit, atau paras parasit berada di paras normal. 

Jadi tak kiralah jenama Islam ke, bukan Islam ke, tiada siapa boleh jangka benda ini berlaku. Apa yang mereka boleh buat, adalah pemantauan berkala, dan juga pematuhan SOP, sepertimana diberitahu di page Kementerian Kesihatan Malaysia, "mengandungi cacing yang telah mati", bermakna prosedur pemanasan, memasak sebelum pengetinan telah dilakukan dengan sempurna mengikut syarat ditetapkan.

Masak Ikan Dengan Sempurna


Saya bukan nak backup sardin nih, tapi saya nak beritahu, jangan panik. Ini normal dalam dunia perikanan, ikan apa pun ada parasit di dalam nya. Cuma tuan-tuan je tak perasan, and tuan-tuan tak kena jangkitan cacing kerana tuan-tuan masak ikan-ikan tersebut dengan sempurna.

Ada antara tuan suka makan shushi? Umai? Atau makanan-makanan yang berasaskan ikan mentah? Dalam tu tuan-tuan makan bersama parasit hidup. Lagi tragis 😉. Suka makan belut? Terima kasih diatas teknik memasak yg sempurna, maka tuan-tuan tak dijangkiti parasit. 

Mungkin tuan-tuan tak tahu, dalam pembelajaran kami, belut merupakan antara ikan yg paling mudah nak jumpa parasit. 

So tuan-tuan, jangan panik, dah beli? Ragu-ragu ada cacing ke tak, masak dengan sempurna, itu sahaja. Kerana apa jua sekalipun, parasite-parasit takkan mampu bertahan dalam suhu masakan yg tinggi, dan akan mati semua sekali dgn cara masakan yg betul. 

Dalam kes bahan makanan mentah, seperti umai dan shushi elakkan, sebabnya, tak kira asid limau ke, cuka ke, tak cukup untuk membunuh parasite-parasit tu. 

Even if bunuh parasit tu, telur-telur mereka masih lagi hidup. Hanya masakan dengan sempurna sahaja mampu membunuh 100% termasuk telur parasite-parasit ini.

P/S: Jika ada pihak Television atau Radio ingin menemuramah berkaitan parasit ini, Boleh berhubung dengan Pihak UMT - Universiti Malaysia Terengganu, kerana terdapat ramai pakar-pakar Lecturer disana dalam dunia Parasitology virology yang banyak menyumbang dalam dunia perikanan. 

Ulasan

  1. bhaya tol makanan zaman sekarang ni..huhu

    BalasPadam
  2. Tetap tak nak beli produk sardin nie.. Kikiki..
    Bak kata rodiah, baiklah beli ikan fresh kemudian masak.. lagi meyakinkan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.