D24 Durian Mcflurry Makan Sampai Puas

Musim durian ni meriah betul orang jual beli durian. Semua ceruk jalan ada. Kalau dekat Facebook tak payah cakap la semua tayang hasil kebun sendiri. 

Sekarang Mc Donalds pun dah mula jual D24 Durian Mcflurry yang guna durian D24 sebenar sebagai perasa tu.

All You Can Eat D24 Durian Mcflurry Makan Sampai Puas 

Tahun lepas ada jual tapi aku tak sempat beli pun, jadi tahun ni tahun lepas geram nak merasa D24 Durian Mcflurry. Tercapai juga akhirnya. Puas hati. 

Kombinasi perasa vanilla dan juga Durian D24 memang sesuai sangat. Makan pula masa cuaca panas. Laju je suap ke mulut. 


makan sampai puas All you can eat D24 Durian McFlurry


Khas Untuk Peminat Tegar McFlurry Durian


Jangan tak tahu, Mc Donalds akan menganjurkan satu program khas untuk peminat tegar McFlurry Durian, All You Can Eat D24 MC Flurry. Dengan hanya bayar RM10, anda boleh menikmati D24 Durian MC Flurry sampai anda puas hati. Untung kan? 

All You Can Eat D24 MC Flurry akan diadakan pada:

17 Julai 2018, Selasa

Sesi 1 : 3 - 4 petang | Sesi 2 : 5 - 6 petang

Setiap sesi terhad kepada 20 pelanggan terawal. Boleh datang awal setengah jam untuk sesi pendaftaran. 

Boleh beli di Semua cawangan Mc Donalds di Malaysia

Harga  hanya RM10 ( dewasa dan kanak-kanak berumur dari 4 tahun)

Percuma untuk Kanak-kanak 3 tahun ke bawah

Untuk maklumat lanjut boleh ke Page FB McDonald atau klik link di bawah ini.


Catat tarikh 17 hari bulan dalam kalender dan tetapkan peringatan dalam telefon bimbit masing-masing ya. 

Ulasan

  1. should've tried this last time. nnt la beli bila pegi mcd

    BalasPadam
  2. siapa yang rase berkelapangan boleh jemput ke mcd berdekatan

    BalasPadam
  3. oh 20 org je per session ..sure rmi nk try tu utk yg blum try... dh bli ms awal kuar aritu time raya tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg 1st time dlu lg sodap rsnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.