Pemandu Grab Mati Disyaki Dijerut | Sedih baca kisah petang ni tentang pemandu Grab mati disyaki dijerut. Memang mati itu pasti. Tak boleh nak tolak bab tu, Cuma bagaimana pengakhiran kematian kita yang selalu sangat berdoa agar dipermudahkan. Semoga kita mati di dalam Khusnul Khatimah la hendaknya. Dapat tahu kisah ni masa beraya tengahari tadi. Masuk berita pukul 1.30 petang. Sedihnya kehilangan nak pula di musim raya dan bulan yang mulia ni. Bayangkanlah kalau ini salah seorang ahli keluarga kita. Siasatan masih lagi dijalankan. Semoga pembunuh dapat ditangkap. Motif pembunuhan pun tak pasti.
Pemandu Grab Mati Dijerut |
*sumber gambar OhBulan
Masa aku bekerja dulu Grab antara pengangkutan utama yang aku dan kawan sekerja akan guna. Turun je dari LRT mesti akan naik Grab ke pejabat. Lebih selesa dan murah jika nak di bandingkan dengan teksi. Alhamdulillah sepanjang tempoh aku guna Grab semuanya baik-baik. Pemandu ramah atau pemandu professional yang memang diam seribu Bahasa dan fokus pada pemanduan.
Bila jadi macam ni rasa risau pula. Tak mustahil pemandu Grab akan berkurangan sebab faktor keselamatan. Berani betul orang nak buat jahat walau pun tahu maklumat peribadi akan tercatat dalam sistem. Semoga mudah la pihak berkuasa nak jalankan siasatan. Keadilan untuk mangsa haruslah di tegakkan.
Pesanan untuk mereka yang naik pengangkutan awam terutama penumpang wanita, sentiasalah beringat. Kecelakaan tak berbau. Malang tak berbau. Kena sentiasa peka dan berusaha untuk jaga diri sendiri.
Antara perkara aku biasa buat kalau naik Grab atau teksi;
- Screenshot detail pemandu, termasuk no plat kenderaan dan bagitahu suami di whatsapp atau telefon suami. Sengaja aku kuatkan suara supaya pemandu akan dengar perbualan aku dah hubungi suami dengan harapan niat jahat dia terbantut (jika ada la).
- Aku jadikan amalan pastikan handphone ada battery, ada sambungan internet dan set no kecemasan dekat handphone. Bila berlaku perkara tak di ingini senang nak dail.
- Elakkan naik berseorangan, jika terpaksa duduk di bahagian belakang. Aku selalu “unlock” pintu sebelah aku senang nak terjun.
- Sebelum naik baca lah segala zikir dan surah yang di hafal. Memang terkumat kamit mulut aku sehingga la aku sampai ke destinasi yang di tuju. Tak kisah lah orang nak kata aku penakut atau fobia, lebih baik berhati-hati dari menyesal.
Salam takziah untuk seisi keluarga mangsa. Kita yang masih hidup ni kena ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Mati itu pasti. Semoga pesalah dapat di bawa ke muka pengadilan.
Salam takziah buat keluarga mangsa..
BalasPadam