Kisah sedih Raya 2018


Kisah sedih Raya 2018 | Alhamdulillah selamat berhari raya di kampung. Sekarang dah balik pun ke KL. Balik kali ni dengan beribu perasaan. Raya kali ni penuh dengan perisa. Penuh pengajaran. Kisah sedih ada kisah gembira pun ada. Mungkin di sebabkan faktor usia jadi raya kali ni penuh dengan emosi rasa. Banyak kisah duka raya tahun ni. Nanti ada masa aku kongsi satu persatu biar jadi kenangan di hari tua. Badan tak sihat sangat jadi mood selepas raya ni pun kelaut dalam la jadinya.

Banyak kisah suka duka aku dapat raya kali ni. Raya bersejarah untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Rasanya tahun ni tahun paling banyak aku terima berita sedih. Berita kehilangan orang-orang penting dalam hidup kawan-kawan dan orang sekeliling. Kawan-kawan sekolah ada yang kehilangan ibu bapa kerana sakit tua, ada yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ada yang pergi tiba-tiba. Bayangkanlah di saat Ramadhan terakhir dan ada juga yang kehilangan semasa Syawal. Sedihnya tak terkira.

Untuk diri sendiri, aku ajarkan supaya bersedia. Kematian tu bila-bila masa sahaja. Aku dah pernah kehilangan arwah abah. Sakit tu dah paham sangat. Tinggal lah mak sahaja yang kami ada. Entah bukan mak yang pergi dulu tapi aku yang masih “muda” ni. Kehilangan orang tersayang juga buat kita belajar menghargai orang yang masih ada. Itu aku belajar selepas ketiadaan abah. Pergi yang tiada galang gantinya.

Semoga yang masih ada ibu bapa, jaga lah sebaiknya. Cuba lah balas jasa mereka. bahagiakan mereka selagi masih berkesempatan. Jangan dilukakan hati ibu bapa, berikan hadiah, layan seikhlas hati, bawa mereka berjalan-jalan, penuhi segala hajat mereka. kebahagiaan mereka adalah kunci kejayaan hidup kita. Kelak, bila mereka dipanggil kembali menghadap Ilahi mereka boleh merasa lega kerana tanggungjawab mereka dah selamat mereka laksanakan.

Semoga arwah abah tenang kat sana. Semoga Allah menempatkan arwah abah di kalangan orang yang beriman. Semoga nanti kami semua dapat berkumpul di syurga. Terima kasih abah, terima kasih mak. Jasa kamu tidak terbalas di dunia.

Ulasan

  1. Sama lah, bulan puasa haritu ramai sangat saudara yang meninggal :(

    BalasPadam
  2. Setuju sangat dengan Rodiah, sementara ada nie memang kena hargai.. Luangkan masa dan tenaga buat mereka..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.