Cara Ringkas Solat Jenazah
Setiap benda yang hidup pasti akan mati. Itu janji kita dengan Pencipta. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapNya. Cara solat jenazah adalah antara benda penting perlu kita dan ahli keluarga yang lain tahu. Nampak mudah tapi berapa ramai yang ambil peduli tentang solat jenazah?
Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengingat penghancur semua kelazatan, iaitu maut." (riwayat al-Tirmizi)
Cara Ringkas Solat Jenazah |
Antara hikmah mengingati mati ialah:
- Membuat hidup lebih terurus dan bermatlamat serta bertanggungjawab.
- Menjadikan kita lebih bertakwa.
- Meningkatkan perasaan kasih dan sayang sesama makhluk terutama dalam kalangan ahli keluarga.
- Menjauhkan kita dari cinta dunia.
- Mendorong untuk kita sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa bersyukur.
Semoga apa yang aku kongsikan akan memberi sedikit pahala buat bekalan dekat sana.
nice sharing..
BalasPadamhttp://aerillhassan.blogspot.com