3 Resepi Popia Sedap Dan Mudah | Resepi popia sedap dan mudah ni khas untuk yang malas nak bakar biskut, yang tak ada oven, yang selalu fikir tak ada bakat nak men cookies dan orang macam akak la. Semua nak senang je. Resepi popia sedap dan mudah ni dah pernah akak cuba dan memang mendapat sambutan hangat. Buat agak ambil masa tapi nak habiskan boleh sekelip mata. Seronoknya buat popia sedap dan mudah ni sebab boleh buat secara berjemaah. Cepat la siap. Harmoni sangat.
Popia yang tunggu giliran hendak digoreng |
Popia Coklat Nestum
1 paket kulit popia standard size yang besar tu – potong 12
Straw – nak gulung kulit popia
1 bar coklat masakan – cairkan guna kaedah double-boil
Minyak masak – aku lupa nak beli butter. Sukatan agak-agak je supaya coklat senang mengalir.
Nestum
Air – untuk dijadikan gam. Resepi asal guna tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. aku malas bancuh tepung guna air melekat jugak.
Minyak masak untuk menggoreng.
Step:
1. Gulung kulit popia menggunakan straw kemudian goreng. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras.
2. Cairkan coklat then masukkan popia yang digoreng. Masa aku buat coklat tu memang sedang elok cukup nak salut semua popia jadi aku campak je dalam bekas aku cairkan coklat. Jangan risau kulit popia tu tak mudah pecah dan masih rangup.
3. Tabur nestum dalam dulang dan Golekkan kulit popia bersalut coklat dengan nestum. Susun dalam bekas. Letak dalam fridge kalau nak hasil lagi power. Aku tak sejukkan pun ngap terus, sedap jugak.
Popia Horlicks
1 paket kulit popia standard size yang besar tu – potong 12
Straw – nak gulung kulit popia
Horlicks
Gula Icing
Step:
1. Gulung kulit popia menggunakan straw kemudian goreng. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras.
2. Campurkan Horlicks dan gula icing dengan nisbah 2:1. Horlicks kena banyak dari gula icing.
3. Goreng kulit popia tadi dan sirakan semasa masih panas untuk dia melekat dengan baik. Sukatan Horlicks dan gula icing boleh agak-agak je.
Popia Seaweed
1 paket Popia
Seaweed
Telur 4-6 biji
Serbuk Pati Ayam Knorr
Step:
1. Pecahkan telur dan perasakan dengan serbuk pati ayam Knorr
2. Sapu telur tadi ke kulit popia dan tampalkan seaweed.
3. Gunting popia mengikut bentuk dan size yang dikehendaki.
4. Goreng dan siap untuk di makan.
Selain daripada resepi popia sedap dan mudah kat atas ni, banyak lagi yang boleh dibuat sira untuk popia ni. Boleh letak cheese, susu, kalau nak makan original macam tu pun dah sedap. Kalau jenis nak pedas boleh guna serbuk lada. Sekarang dah tak ada alasan tak reti nak buat biskut raya boleh guna resepi popia sedap dan mudah ni.
Selamat mencuba ya.
Selamat mencuba ya.
Ray suke popia coklat hehe
BalasPadamSedap3
BalasPadam